29.7 C
Kuala Lumpur
Monday, September 9, 2024

Tiga projek Kampung Angkat Madani MOSTI bernilai RM2.5 juta

Mesti Baca

SEBANYAK tiga projek akan dilaksanakan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di bawah program Keluarga Angkat Madani dengan nilai RM2.5 juta

Menterinya, Chang Lih Kang berkata, ketiga-tiga projek yang memberikan kepentingan awam itu akan dilaksanakan di Kampung Tekam, Segamat, Johor.

Beliau berkata, tiga projek tersebut ialah pembinaan telaga tiub dan panel tenaga solar yang akan dilaksanakan oleh Agensi Angkasa Malaysia dan Yayasan Inovasi Malaysia.

Projek lain lain penyediaan lampu jalan berasaskan tenaga boleh diperbaharui (renewable energy) oleh Nano Malaysia Bhd dan jeti terapung biokomposit oleh Agensi Nuklear Malaysia.

“Di peringkat MOSTI, program Kampung Angkat Madani membuka peluang kepada Kementerian untuk memperkenalkan dan mengguna pakai teknologi-teknologi yang dibangunkan oleh agensi yang boleh memberi manfaat kepada kemudahan penduduk setempat.

“Ini penting supaya masyarakat dapat menikmati kemajuan sains, teknologi dan inovasi negara, seterusnya meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena pelancaran Kampung Angkat Madani MOSTI di Kampung Tekam, Segamat hari ini.

Lih Kang berkata, pembinaan telaga tiub bersama panel tenaga solar di kawasan Masjid Jamek Kampung Tekam menggunakan teknologi remote sensing dan sistme maklumat geografi (GIS).

Katanya, sistem tersebut dapat membantu dalam pencarian sumber air bawah tanah, yang kemudiannya melalui proses tapisan yang tidak melibatkan sebarang bahan kimia.

Advertisements

“Sumber air yang ditapis kemudiannya disalurkan melalui telaga tiub yang boleh diminum secara terus.

“Penggunaan sistem solar akan berfungsi sebagai tenaga alternatif kepada penggunaan tenaga elektrik.

“Ini membantu mengurangkan kos seterusnya mengoptimumkan penggunaan telaga tiub tanpa sebarang kos elektrik tambahan kepada penduduk Kampung Tekam,” katanya.

Manakala pembinaan jeti terapung biokomposit pula, kata Lih Kang, merupakan alternatif kepada jeti nelayan sedia ada memandangkang keadaan kawasan jeti tersebut yang terdedah kepada risiko banjir/

Katanya, projek tersebut dapat membantu nelayan di Kampung Tekam sebagai platform pendaratan ikan dan bot-bot nelayan selain menjadi hub penyaluran bekalan bantuan keperluan harian semasa banjir kepada penduduk.

Mengenai lampu solar jalan pula, beliau berkata, pihaknya menggunakan teknologi sistem hidrogen (hyper reacktor) sebagai bekalan tenaga alternatif kedua pada sistem lampu tersebut.

Program Kampung Angkat Madani merupakan satu inisiatif kerajaan bagi merapatkan jurang kemudahan asas di bandar dan luar bandar.

Justeru, kata beliau, MOSTI memberi tumpuan kepada melengkapkan kemudahan-kemudahan asas termasuk bekalan air dan elektrik, jalan dan lampu jalan, perkhidmatan masyarakat dan akses
internet di kawasan desa dan kampung terpinggir yang masih di bawah capaian liputan
50 peratus.

Katanya, inisiatif tersebut selaras dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN)
2021-2030 yang menetapkan visi untuk mewujudkan masyarakat yang mampan, inklusif dan saintifik ke arah negara berteknologi tinggi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

5 tahun pasca-COVID-19: Cabaran dalam sistem pendidikan

Saudara Pengarang Penularan novel coronavirus 2019 (COVID-19) atau 2019-nCoV pada Disember 2019 di Wuhan, China memberi satu pengalaman yang tidak...

Lagi Artikel Berkaitan