Monday, July 20, 2026

PRK Nenggiri: Pertembungan dua calon muda antara BN dan PN

Mesti Baca

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri menyaksikan pertembungan dua calon muda yang masing-masing mewakili Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Sehinggga tempoh penyerahan borang pencalonan ditutup pada pukul 11 pagi di Dewan Perdana, Majlis Daerah Gua Musang, Kelantan, hanya kedua-dua calon parti itu yang tampil.

BN diwakili oleh Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani manakala PN pula mempertaruhkan bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas Gua Musang yang kini menjadi ahli Bersatu, Mohd Rizwadi Ismail.

Terdahulu, Azmawi Fikri, 38, tiba di pusat penamaan calon pada pukul 9.05 pagi diiringi oleh Pengerusi BN yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar dan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Manakala Rizwadi, 41, pula tiba lebih awal iaitu kira-kira 9 pagi dengan diiringi oleh Timbalan Presiden PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ahmad Zahid Hamidi mengiringi calon BN, Aznawi Fikri semasa penamaan calon di Gua Musang hari ini. – Foto BERNAMA

Menurut SPR lagi, seramai 20,259 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK DUN Nenggiri yang membabitkan 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM).

PRK DUN Nenggiri diadakan berikutan berlaku kekosongan luar jangka selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim diisytiharkan hilang keahlian BERSATU pada 13 Jun lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, Mohd Azizi menang dengan majoriti 810 undi apabila mendapat 6,517 undi, berbanding calon BN, Ab Aziz Yusoff yang memperoleh 5,707 undi. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan