26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 25, 2024

BN diberi laluan bertanding dalam PRK Nenggiri – Asyraf Wajdi

Mesti Baca

BARISAN Nasional (BN) diberi laluan untuk Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang bakal berlangsung pada 17 Ogos depan.

Keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan yang diadakan 9 Julai lalu.

Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan, mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dihadiri pimpinan tertinggi mewakili BN serta Pakatan Harapan (PH).

“Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan bersetuju BN meletakkan calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada PRK DUN Nenggiri.

“Pimpinan kedua-dua parti (BN dan PH) memberikan komitmen dan sokongan penuh untuk membantu calon BN yang mewakili Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PRK DUN Nenggiri di Kelantan akan diadakan pada hari Sabtu, 17 Ogos dengan tarikh penamaan calon pula adalah pada 3 Ogos.

Advertisements

Pada 19 Jun lalu, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan serta-merta.

Ia selepas DUN Kelantan pada 13 Jun lalu menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu mengenai ADUN Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim yang hilang keahlian Bersatu.

Media turut melaporkan Bersatu Kelantan sudah menghantar tiga nama kepada pucuk pimpinan parti untuk dipilih sebagai calon PRK DUN Nenggiri.

Pada masa sama, Pas turut dilaporkan akan mengemukakan senarai calon untuk bertanding pada PRK tersebut.

Sebelum ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu sedia meletakkan calonnya dalam PRK Nenggiri.

Ini kerana, menurutnya, dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan yang diadakan tahun lalu, calon BN iaitu Ab Aziz Yusoff hanya tewas dengan majoriti 810 kepada Mohd Azizi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Polis kesan sindiket penipuan beli barang terpakai palsu

POLIS sedang mengesan satu sindiket penipuan pembelian barangan terpakai menggunakan kaedah 'phishing' yang setakat ini menyebabkan kerugian lebih RM243,000. Pengarah...

Lagi Artikel Berkaitan