26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 25, 2024

100,000 permohonan bantuan tunai Budi Madani diluluskan

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

KEMENTERIAN Kewangan telah meluluskan sebanyak 100,000 permohonan bantuan tunai subsidi diesel di bawah inisiatif Budi Madani setakat hari ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, mereka terdiri daripada para pemilik kenderaan diesel individu (Budi Individu) dan para petani serta pekebun kecil (Budi Agri-Komoditi).

Menurut beliau, daripada jumlah tersebut seramai 30,000 pemohon telah menerima bayaran bantuan tunai pada 10 Jun lalu manakala 46,000 pemohon lagi menerima bayaran pada hari ini.

Beliau berkata, bagi mereka yang membuat permohonan sebelum hujung bulan Jun, pemohon akan menerima bayaran pada awal bulan depan.

Katanya, pemohon yang layak akan menerima bantuan RM200 secara bulanan melalui akaun bank masing-masing atau mendapatkan bayaran tunai di kaunter-kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

“Saya menyeru kepada rakyat Malaysia yang layak, supaya segera mendaftar bagi mendapatkan bayaran bantuan tunai diesel bulan Jun.

“Kerajaan komited untuk menyalurkan bantuan tunai Budi Madani bermula pada bulan permohonan dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 10 Jun lalu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel dengan penetapan harga runcit diesel mengikut pasaran.

Susulan itu, harga runcit diesel bagi Semenanjung Malaysia melonjak daripada RM2.15 seliter kepada RM3.35 seliter manakala bagi Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada harga RM2.15.

Serentak dengan itu, kerajaan turut mengumumkan bantuan bersasar untuk sektor logistik serta pengagihan bantuan tunai Budi Madani.

Advertisements

Amir Hamzah berkata, matlamat penyasaran subsidi diesel adalah untuk menumpukan bantuan kepada sektor yang layak dan golongan masyarakat yang memerlukan.

“Bantuan tunai yang ditetapkan pada RM200 sebulan adalah untuk menampung perbelanjaan tambahan diesel bagi lebih 80 peratus pemilik kenderaan diesel individu,” katanya.

Beliau menjelaskan, inisiatif Budi Madani yang dibuka sejak 28 Mei adalah platform untuk mengagihkan bantuan tunai subsidi diesel kepada pemilik kenderaan diesel melalui kategori Budi Individu; dan kepada petani kecil dan pekebun kecil melalui kategori Budi Agri-Komoditi.

Katanya, dianggarkan seramai 300,000 pemilik kenderaan diesel persendirian individu di Semenanjung Malaysia layak untuk menerima Budi Individu.

Manakala seramai hampir 400,000 petani dan pekebun skala kecil berkelayakan pula, menerima manfaat daripada Budi Agri-Komoditi.

Sementara itu, Amir Hamzah berkata, bagi pemohon individu yang gagal, mereka boleh membuat semakan permohonan serta mengemukakan rayuan di laman sesawang Budi Madani iaitu https://budimadani.gov.my.

Manakala pemohon petani dan pekebun kecil yang masih belum berdaftar di agensi di bawah Kementerian yang berkenaan, mereka dinasihatkan untuk berbuat demikian terlebih dahulu.

“Selepas itu, mereka digalakkan mengemukakan permohonan Budi Madani (sekiranya belum memohon) atau mengemukakan rayuan di laman sesawang Budi Madani.

Untuk mengetahui lebih lanjut berhubung syarat-syarat kelayakan Budi Madani, orang ramai boleh melayari https://budimadani.gov.my atau menghubungi talian bantuan 1-800-88-2747 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566 atau secara e-mel ke [email protected].

Pertanyaan dan maklumat lanjut juga boleh diperoleh di semua pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di seluruh Semenanjung Malaysia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Polis kesan sindiket penipuan beli barang terpakai palsu

POLIS sedang mengesan satu sindiket penipuan pembelian barangan terpakai menggunakan kaedah 'phishing' yang setakat ini menyebabkan kerugian lebih RM243,000. Pengarah...

Lagi Artikel Berkaitan