29.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 14, 2024

SPR terima notis kekosongan kerusi DUN Nenggiri

Mesti Baca

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 28 Jun ini bagi menetapkan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, ia susulan pemakluman berhubung kekosongan kerusi DUN tersebut oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Seri Mohd Amar Abdullah hari ini.

Beliau berkata, kerusi N.43 Nenggiri diisytihar kosong berikutan penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim telah hilang keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) para 13 Jun lalu.

“Sebagaimana diperuntukkan di bawah Fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh SPR menerima pemakluman tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini Mohd Azizi yang juga Ahli Parlimen Gua Musang menyatakan ikrar sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Advertisements

Ekoran itu, keahlian beliau sebagai ahli Bersatu tergugur dengan serta-merta apabila parti itu membuat pindaan terhadap perlembagaan parti.

Selain Mohd Azizi, lima Ahli Parlimen yang menerima nasib serupa ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

Seorang lagi ialah ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.

Ia selepas mereka gagal memberi sebarang jawapan berkaitan surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Buli siber: Letak tanggungjawab kepada pemilik akaun – Gobind

MENTERI Digital, Gobind Singh Deo, mencadangkan undang-undang baharu dipertimbang bagi meletakkan tanggungjawab kepada pemilik platform media sosial atas penyalahgunaannya,...

Lagi Artikel Berkaitan