28.2 C
Kuala Lumpur
Friday, June 14, 2024

KPM digesa hapus birokrasi, segera selesai isu sekolah daif

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) digesa menghapuskan segala birokrasi yang menyulitkan, sebaliknya segera menyelesaikan isu sekolah daif.

Gesaan itu dibuat hli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengulas berhubung 14 sekolah daif di negeri Johor yang sudah diluluskan peruntukan bagi kerja menaik taraf sejak 2021 tetapi tidak dilaksanakan sehingga hari ini.

Beliau berkata, menteri dan timbalannya serta para pegawai tinggi kementerian dituntut untuk melakukan lawatan mengejut dan melihat sendiri keadaan sekolah-sekolah daif tersebut.

Beliau berkata, KPM juga perlu menyemak semula sistem penghantaran sedia ada bagi memastikan segala peruntukan yang dikeluarkan sampai ke sasarannya.

“KPM pernah pulangkan duit RM800 juta kerana tidak dibelanjakan. Bila sekolah pedalaman mohon bajet jawapannya ialah tiada peruntukan.

“Menteri, Timbalan, KSU (Ketua Setiausaha), Pengarah Negeri dan PPD (pegawai pendidikan daerah) kena kerap buat lawatan mengejut. Tengok sendiri sekolah daif.

“Semak balik delivery system sedia ada. Elok serah sahaja peruntukan itu kepada Kerajaan Negeri untuk dilaksanakan. Hapuskan birokrasi di KPM,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Advertisements

Mohd Puad berkata, apa yang lebih mengecewakan tiada penjelasan terbuka diberikan oleh KPM berhubung kelewatan pelaksanaan projek tersebut.

“Tiada penjelasan terbuka dari KPM. Menteri senyap. Inikah budaya kerja Kementerian Pelajaran Malaysia?,” soalnya.

Ahad lalu, Onn Hafiz berkata, sebanyak 14 buah sekolah dikategorikan sebagai sekolah daif di Johor sudah diluluskan peruntukan untuk dibaiki tetapi selepas tiga tahun tiada satu pun projek itu berjaya disiapkan.

Beliau berkata, sekolah itu antara 19 sekolah dikategorikan sebagai sekolah daif di negeri itu.

Katanya, sekolah berkenaan berdepan dengan masalah bumbung bocor, kerosakan kerusi meja dan struktur bangunannya tidak selamat untuk digunakan.

Memetik laporan media, ADUN Machap itu berkata, 14 sekolah diluluskan peruntukan untuk dibaiki sejak 2021, namun selepas tiga tahun tiada satu pun projek sekolah daif tersebut berjaya disiapkan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Maritim Malaysia laksana pelbagai langkah pertingkat integriti

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melaksanakan pelbagai langkah bagi meningkatkan integriti dalam kalangan warganya. Agensi itu pada masa sama...

Lagi Artikel Berkaitan