28.2 C
Kuala Lumpur
Friday, June 14, 2024

Kecederaan pemain: Peluang Pan Gon uji pemain ‘barisan kedua’

Mesti Baca

PENGENDALI Kim Pan Gon terus berdepan tugas getir dalam membina pasukan ampuh bagi mengharungi baki dua perlawanan dalam Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Ini berikutan satu persatu pemain utama dan pilihan ‘regular’ pilihan jurulatih dari Korea Selatan itu selama ini berdepan dengan kecederaan.

Setelah Faisal Halim yang diserang dengan asid, Arif Aiman Hanafi yang cedera, Azam Azmi Murad yang belum pulih akibat kecederaan dan semalam Shafiq Ahmad yang baru dipanggil semula selepas tiga tahun terpaksa dilupakan juga kerana kecederaan.

Hari ini seorang lagi “ayam tambatan” Pan Gon iaitu pemain penyerang, Darren Lok pula disahkan mengalami kecederaan dan tidak dapat menerusan latihan pusat.

Darren yang juga pemain Sabah FC melaporkan diri semalam tetapi disahkan oleh doktor mengalami kecederaan hamstring.

Ketiadaan beberapa utama sebenarnya membuka peluang kepada pemain-pemain yang berada dalam Senarai Bersedia (barisan kedua) untuk menunjukkan aksi masing-masing.

Advertisements

Antaranya, Nur Shamie Iszuan Amin dari Kuching City FC telah dipanggil untuk menggantikan Darren bagi menghadapi perlawanan menentang Republik Kyrgyz pada 6 Jun dan Chinese Taipei pada 11 Jun ini.

Persoalannya, mampukah Pan Gon mencorakkan pasukan yang mantap dan padu dengan ketiadaan para pemain “regular” dan bergantung kepada pemain “barisan kedua”?

Apakah para pemain baharu ini mampu menunjukkan kemampuan sebenar masing-masing bagi memastikan mereka terus mendapat tempat di hati Pan Gon?

Bagi peminat dan penyokong skuad Harimau Malaya, siapa pun pilihan pemain yang dibawa oleh Pan Gon ke Kyrgyz dan Stadium Nasional Bukit Jalil nanti sudah tentu mereka mengharapkan kemenangan.

Ini kerana hanya kemenangan sahaja yang diperlukan oleh skuad kebangsaan untuk menempatkan diri ke pusingan seterusnya di Piala Dunia dan Piala Asia nanti. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Maritim Malaysia laksana pelbagai langkah pertingkat integriti

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melaksanakan pelbagai langkah bagi meningkatkan integriti dalam kalangan warganya. Agensi itu pada masa sama...

Lagi Artikel Berkaitan