27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Tiga kementerian bekerjasama selenggara jalan raya

Mesti Baca

TIGA kementerian iaitu Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membentuk kerjasama bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya di negara ini.

KKR dalam satu kenyataan berkata, penglibatan ketiga-tiga kementerian tersebut penting kerana bidang kuasa terletak di bawah kementerian masing-masing saling berhubung kait dan memerlukan sinergi yang padu.

Sehubungan itu, katanya, satu libat urus telah diadakan bagi mencari mekanisme terbaik menangani isu kerosakan jalan raya yang terkait di bawah bidang kuasa kementerian masing-masing.

“Mekanisma ini akan diperhalusi sebelum tindakan strategik dilaksanakan di bawah payung Program MYJalan,” kata kenyataan itu hari ini.

Libat urus yang diadakan semalam itu disertai oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu.

Advertisements

Hadir sama, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

KKR berkata, turut dibincangkan termasuk pengukuhan kerjasama antara kementerian bagi menyelesaikan aduan kerosakan jalan raya yang diterima melalui aplikasi MYJalan.

Katanya, sejak diluncurkan pada 24 Ogos 2023 sehingga 29 Mac lalu, aplikasi ini telah menerima 13,391 aduan berkaitan pelbagai isu jalan raya.

Katanya, daripada jumlah tersebut 26.51 peratus aduan jalan milik KKR manakala selebihnya iaitu 73.49 peratus milik pelbagai pihak lain.

Justeru, katanya, sesi libat urus ini amat signifikan dalam memastikan aduan pengguna dapat diselesaikan dengan penglibatan serius pemilik jalan yang lain. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan