30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

MINAZ tampil koleksi Aidilfitri 2024 di Festival Ramadan Putrajaya

Mesti Baca

MERAIKAN koleksi Aidilfitri 2024, pengeluar koleksi pakaian wanita dan keluarga dengan pelbagai fesyen terkini, MINAZ buat julung kalinya mengadakan pertunjukan fesyen di Festival Ramadan Putrajaya 2024. 

MINAZ yang terkenal dengan rekaan santai tetapi mewah, sekali lagi memberikan sentuhan ajaib dalam memperkenalkan koleksi ‘Lebaran Kita-Sempurna’.

Koleksi didatangkan menerusi barisan produk baharunya iaitu ‘ABAYA SERIES’ dengan perincian mewah yang diinspirasikan dari budaya timur tengah.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MINAZ, Hajjah Hafiza Datuk Abdul Hamid berkata, istimewa pada tahun ini, pecahan koleksi raya terbahagi kepada dua iaitu Arab dan Klasik.

Katanya, setiap helai pakaian di dalam koleksi ini direka dengan teliti oleh Pengarah Fesyen MINAZ, Pija MINAZ & Tim dengan menggabungkan unsur-unsur tradisional dan moden untuk mencipta gaya yang unik tetapi tetap bersahaja dan sesuai dipakai bukan sahaja dihari raya.

“Tema Lebaran kali ini kami mempersembahkan gabungan unik antara seni floral batik dan blossom dalam edisi ‘printed’ yang menggabungkan elemen tradisional dengan sentuhan moden yang segar.

“Kami berharap koleksi ini tidak hanya memikat hati pelanggan tetap MINAZ, tetapi juga dapat menarik minat pelanggan baru yang mencari pakaian raya yang eksklusif dan istimewa.

“MINAZ juga memberikan penekanan kepada potongan yang longgar dan corak yang melambangkan keanggunan serta kemewahan, sesuai dengan identiti jenama MINAZ yang dikenali dengan rekaan yang elegan.

Advertisements

“Dengan penggunaan material berkualiti tinggi dan rekaan yang teliti, kami sangat berbesar hati memperkenalkan koleksi terbaru kami, ‘Abaya Series’ yang dihasilkan dengan perician mewah, penuh dedikasi dan cinta kepada fesyen inspirasi dari timur tengah.

“Kami yakin koleksi ini akan menjadi pilihan utama pencinta fesyen yang menghargai nilai tradisi dan keindahan rekaan moden. Kami percaya, tahun ini ‘Lebaran KITA’ lebih sempurna dengan memakai koleksi memukau daripada MINAZ,”katanya.

Kongsi Hafiza lagi, sempena pertunjukan fesyen di Putrajaya kali ini, MINAZ juga menampilkan ‘MINAZ Friends iaitu kumpulan pempengaruh media sosial bagi memperagakan koleksi Raya MINAZ ‘Lebaran Kita’.

Bercakap mengenai kerjasama dengan penganjur iaitu Perbadanan Putrajaya serta Ingenious Creative Lab Sdn Bhd, MINAZ tidak menolak bahawa ia adalah satu usahasama dan sinergi yang baik.

“Warga Putrajaya begitu dekat di hati MINAZ. Apabila diberi peluang sebegini untuk berkerjasama dengan Perbadanan Putrajaya dan Ingenious Creative Lab, kami lihat ia sebagai satu peluang keemasan buat kami untuk menyantuni pelanggan dan peminat jenama ini di kawasan Putrajaya dan berdekatan,” katanya.

Berkongsi mengenai harapan MINAZ setelah 14 tahun teguh membina empayar jenama dalam pasaran, Hafiza mengakui, pihaknya sentiasa menanam rasa komited untuk memastikan jenama ini terus kekal relevan dalam industri tekstil dan pakaian.

“Pastinya kami berharap untuk terus kekal relevan dan terus menyuntik keyakinan buat wanita dalam berpakaian sempurna disamping menyajikan pelanggan yang dikasihi dengan rekaan baju yang sopan dan terkini,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan