30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Sultan Pahang lawat UAE, kukuh hubungan dua hala

Mesti Baca

SULTAN Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengadap Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed Bin Zayed Al Nahyan di Abu Dhabi.

Pertemuan tersebut sempena lawatan khas baginda ke negara itu yang bermula 25 Februari lalu atas jemputan Sheikh Mohamed.

Menurut Facebook Kesultanan Pahang, ini merupakan lawatan pertama baginda ke luar negara selaku Sultan Pahang selepas tempoh lima tahun di Istana Negara.

“Kunjung hormat Kebawah Duli Tuanku itu bukan sahaja mengeratkan silaturahim dua keluarga diraja tetapi berjaya mengukuhkan hubungan dua hala antara Abu Dhabi dan Pahang,” kata laman Facebook tersebut.

Pada lawatan kerja itu, sebanyak tiga sesi mengadap diadakan dengan dihadiri oleh Timbalan Presiden UAE, Sheikh Mansour bin Zayed dan beberapa menteri Kabinet UAE.

Advertisements

Katanya, Sultan Pahang turut mengadakan perbincangan bersama Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan.

“Antara intipati perbincangan adalah mengenai Pusat Konservasi Harimau Malaya hasil cetusan idea Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah,” katanya.

Baginda juga berkesempatan menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama Presiden dan menteri-menteri Kabinet di Istana rasmi Presiden.

Untuk rekod, UAE merupakan rakan dagangan kedua terbesar di rantau ini selepas Arab Saudi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan