30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Biasiswa kepada pelajar B40 Bumiputera ikuti latihan industri

Mesti Baca

PEMBERIAN biasiswa kepada pelajar golongan B40 Bumiputera untuk membolehkan mereka menjalani latihan industri di syarikat-syarikat ternama antara resolusi kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Resolusi itu antara beberapa cadangan yang dikemukakan oleh Naib-naib Canselor Universiti Awam dan akan dibawa ke Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 yang akan berlangsung hujung minggu ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan berkata, turut dicadang dilaksanakan ialah meneruskan pemberian biasiswa khas kepada pelajar Bumiputera yang cemerlang dalam akademik.

Turut dicadakan agar kerjasama antara agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) erta memperluaskan kursus keusahawanan di universiti.

“Aspek pemerkasaan graduan Bumiputera juga ditekankan seiring dengan Malaysia MADANI iaitu membentuk graduan dengan daya cipta tinggi, sahsiah dan integriti, semangat ihsan dan berupaya memajukan kerjaya sendiri,” kata kenyataan itu hari ini.

Pembentangan resolusi itu melibatkan empat Naib Canselor iaitu dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman; Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff (Universiti Pendidikan Sultan Idris); Prof. Datuk Dr. Massila Kamalrudin (Universiti Teknikal Malaysia Melaka) dan Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin dari Universiti Teknologi MARA.

Advertisements

Empat tema telah dipersetujui untuk dikemukakan iaitu akses pendidikan tinggi kaum Bumiputera, penyediaan bakat mahasiswa Bumiputera semasa di universiti, kebolehpasaran graduan Bumiputera dan penubuhan pusat kajian pembangunan Bumiputera.

Sebelum itu beberapa siri bengkel telah dilaksanakan bagi memperhalusi resolusi yang ingin tersebut, yang diketuai oleh Penasihat Pendidikan Tinggi kementerian, Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali.

“Kerjasama dalam menggariskan tema ini dilihat penting dalam menggerakkan usaha bagi mengukuhkan tahap kebolehpasaran graduan Bumiputera yang semakin mencabar yang menuntut beberapa inisiatif dan sokongan,” kata kenyataan itu.

Pada sesi tersebut turut membincangkan penubuhan Pusat Kajian Pembangunan Bumiputera bagi membangunkan pangkalan data Bumiputera, menjalankan kajian, mewujudkan pelantar perbincangan, dan advokasi polisi bagi membangunkan masyarakat Bumiputera.

Pusat tersebut akan dikelolakan oleh UiTM melalui Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) dan UKM melalui Malaysian Inclusivity, Development and Advancement Institute (MINDA).

“Dengan mengintegrasikan pendidikan yang relevan dengan keperluan industri, pengalaman pembelajaran melalui program pembangunan kemahiran dan keusahawanan, serta jaringan profesional, graduan Bumiputera akan lebih bersedia untuk memasuki pasaran kerja,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan