27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Peniaga patuh skim harga maksimum Tahun Baharu Cina

Mesti Baca

PARA peniaga patuh dengan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina lalu apabila tiada kesalahan dilakukan peniaga sepanjang sembilan hari skim berlangsung.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam berkata, sebanyak 6,186 pemeriksaan ke atas premis perniagaan dilakukan di seluruh negara sepanjang skim yang berlangsung 6 hingga 14 Februari lalu.

Beliau berkata, pemeriksaan itu merangkumi 118 pemeriksaan ke atas premis borong dan pengeluar serta 6,068 pemeriksaan ke atas premis runcit.

“Tindakan undang-undang yang telah dikenakan adalah melibatkan 43 kes gagal menggunakan tanda harga khas merah jambu dan satu kes tiada tanda harga.

“Tiada kesalahan menjual melebihi harga maksimum dikesan sepanjang pelaksanaan Skim,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Azman berkata, KPDN juga tidak menerima sebarang aduan semasa pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2024.

Katanya, majoriti peniaga yang diperiksa komited serta mematuhi perundangan harga maksimum yang berkuatkuasa sepanjang pelaksanaan skim tersebut.

Beliau berkata, pelaksanaan skim tersebut merupakan langkah kerajaan menangani kos sara hidup semasa sambutan Tahun Baharu Cina 2024.

Katanya, tempoh pelaksanaan skim tersebut adalah selama sembilan hari dan berkuat kuasa pada empat hari sebelum perayaan, satu hari semasa perayaan dan empat hari selepas perayaan.

“Sebanyak 11 jenis barangan harga terkawal berserta harga maksimumnya telah diwartakan bagi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2024,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan