28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Babi hidup antara barang skim harga maksimum perayaan

Mesti Baca

BABI hidup dan bahagian-bahagian daging babi tertentu antara 11 barangan yang diletakkan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pelaksanaan skim harga tersebut bermula 6 hingga 14 Februari 2024.

Menurut beliau, tempoh pelaksanaannya adalah sembilan hari iaitu empat hari sebelum perayaa, satu hari semasa perayaan dan empat hari selepas perayaan.

Beliau berkata, selain babi hidup, barangan lain yang diletakkan di bawah skim tersebut ialah udang putih (berat antara 41 ekor hingga 60 ekor sekilogram) dan ikan bawal putih (berat antara 200 gram hingga 400 gram seekor).

Barangan lain ialah daging babi (perut), daging babi (daging dan lemak), kobis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk Beijing), ubi kentang import (China), bawang putih, halia tua import, lobak putih import dan lobak merah.

“Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2024 akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan membolehkan penentuan harga dibuat ke atas peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Sebelum itu, beliau menghadiri Majlis Amal Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaa Cina Cheng Hwa di Papar, Sabah.

Armizan berkata, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan melaksanakan pemantauan berterusan untuk memastikan keberadaan bekalan barangan adalah mencukupi.

Katanya, semakan harga boleh dibuat melalui laman sesawang KPDN di https://www.kpdn.gov.my.

Dalam pada itu, beliau berkata, para pegawai penguat kuasa KPDN di seluruh negara akan melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan di lokasi-lokasi strategik seperti di pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah barangan keperluan perayaan.

“Pendekatan ini membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan dan tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna sekiranya berlaku ketidakpatuhan,” tegas beliau.

Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana mana peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti sepertimana ditetapkan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan