30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

MARA sedia hantar lebih ramai pelajar ke Jepun

Mesti Baca

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) sedia menghantar lebih ramai pelajar untuk melanjutkan pelajar serta menjalani latihan industri di Jepun.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini akan dilaksanakan melalui institusi pendidikan MARA-Japan Industrial Institute (MJII) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Beliau berkata, langkah tersebut bagi meningkatkan peluang-peluang latihan industri dalam bidang-bidang strategik dengan pemain-pemain industri Jepun.

“Insya-Allah MARA melalui institusi pendidikan MARA-Japan Industrial Institute (MJII) dan UniKL akan menghantar lebih ramai pelajar ke Jepun selain meningkatkan peluang-peluang latihan industri dalam bidang-bidang strategik dengan pemain-pemain industri Jepun,” katanya menerusi Facebook beliau.

Asyraf Wajdi sebelum itu mengiringi Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir mengadakan perjumpaan bersama Japan International Cooperation Industry (JICA) di sebuah hotel di Tokyo، Jepun.

Advertisements

Beliau berkata, JICA merupakan Pusat Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun yang menyelaras bantuan pembangunan rasmi bagi kerajaan Jepun.

Pertubuhan itu yang membantu pertumbuhan ekonomi dan sosial di negara-negara membangun termasuk Malaysia.

Katanya, JICA menggalakkan kerjasama Jepun di peringkat antarabangsa dan perjumpaan strategik ini membuka peluang kepada MARA khususnya untuk bekerjasama dalam pelbagai inisiatif kerjasama.

“Ini dilakukan melalui pendidikan, peralihan teknologi TVET ke institusi pendidikan MARA selain memperkukuh kerjasama dengan pemain-pemain industri di Jepun bagi memanfaatkan para pelajar dan tenaga pengajar dalam ekosistem pendidikan MARA,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan