29.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 13, 2025

RHB sumbang RM1 juta kepada Yayasan Pelajaran MARA

Mesti Baca

RHB Banking Group telah menyumbang sebanyak RM1 juta kepada Yayasan Pelajaran MARA (YPM) bagi memperkasa pendidikan dalam kalangan pelajar miskin bandar dan luar bandar.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajid Dusuki berkata, sumbangan tersebut akan digunakan untuk program intervensi berbentuk tuisyen percuma dan bengkel menjawab soalan peperiksaan.

Menurutnya, ini bagi meningkatkan penguasaan dan pencapaian pelajar-pelajar khususnya dalam matapelajaran teras seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

“Bagi pihak MARA, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak RHB atas sumbangan dan kepercayaan kepada MARA melalui Yayasan Pelajaran MARA bagi memastikan agenda pemerkasaan pendidikan Bumiputera terus diutamakan,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Advertisements

Cek sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengarah Urusan RHB Islamic Bank, Datuk Adissadikin Ali di Bangunan MARA, Kuala Lumpur hari ini. Hadir sama, Pengerusi YPM, Datuk Seri Ismail Mohamed Said.

Asyraf berkata, berasaskanpendekatan intervensi seperti itu, pihaknya dapat melihat perubahan dan peningkatan yang positif dari segi keputusan Ujian Kemasukan ke MRSM (UKKM) dalam kalangan pelajar-pelajar B40 tahun ini.

Misalnya, beliau berkata, 80 peratus daripada pelajar B40 telah lulus UKKM bagi tahun ini berbanding 61 peratus pada tahun 2023. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelbagai usaha tingkatkan pendapatan Orang Asli – Zahid

KERAJAAN menerusi Jabatan Kemajuan Orang Aslia (JAKOA) melaksanakan pelbagai usaha bagi meningkatkan pendapatan isi rumah Orang Asli dengan sasaran...

Lagi Artikel Berkaitan