30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

‘Moonlit Hope’: Dari Felda Sungai Koyan ke Universiti Malaya

Mesti Baca

MOONLIT Hope ialah sebuah persembahan drama bahasa Inggeris yang ditulis dan dipersembahkan oleh murid-murid SMK (Felda) Sungai Koyan, Kuala Lipis, Pahang.

Diarahkan oleh guru Bahasa Inggeris, Zainul Hakim Shazni Zainul Fuad seramai 13 orang murid dari Tingkatan dua hingga lima terlibat dalam produksi tersebut.

Drama ini mengisahkan Iris, seorang pelajar universiti yang menghidap komplikasi otak akibat kemalangan kereta semasa dia masih kecil.

Untuk mengubatinya, dia dipakaikan dengan Brain Intervention Dimension Machine (BIDM) di kepalanya. Mesin tersebut membawa Iris ke sebuah dimensi lain di mana dia bertemu dengan seorang jejaka bernama Arjuna.

Namun, masa mereka bersama sangat singkat dan apabila sedar, Iris mendapati yang dia dan Arjuna menjalani takdir yang sangat serupa.

Moonlit Hope adalah hasil cetusan idea para murid SMK (Felda) Sungai Koyan sendiri yang diinspirasikan daripada filem Imaginur.

Drama persembahan mereka dimuat naik ke YouTube untuk dipertandingkan dalam Pertandingan Drama Bahasa Inggeris (MBMMBI) Peringkat Negeri Pahang pada Ogos lalu dan menduduki tempat kelima pertandingan tersebut.

Pada 23 Disember lalu, kumpulan Moonlit Hope diberi peluang membuat pementasan di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Para pelakon dan tim produksi drama pentas Moonlit Hope di Universiti Malaya baru-baru ini.

Program kolaborasi bersama Jabatan Bahasa dan Literasi Pendidikan itu juga menampilkan slot Bicara Alumni yang disampaikan oleh Zainul Hakim yang juga alumni UM tahun 2017.

Advertisements

Rata-rata penonton memuji mutu persembahan murid SMK (Felda) Sungai Koyan. Mereka kagum kerana para pelakonnya terdiri daripada pelajar berusia 14 hingga 17 tahun namun mampu menghasilkan persembahan yang begitu baik.

Pensyarah kanan UM, Prof. Madya Dr. Adelina Asmawi turut kagum dengan persembahan tersebut dan berbangga kerana bekas pelajarnya, Zainul Hakim mampu membawa muridnya ke tahap ini.

Mantan pensyarah UM dan penggiat teater, Dr. Roselina Khir Johari memuji jalan ceritanya.

“Walaupun cerita ini adalah pada masa hadapan, ia menggunakan hero mitos klasik bernama Arjuna untuk menyuntik harapan dalam diri Iris,” katanya.

Pengetua SMK (Felda) Sungai Koyan, Mazlienor Daud berbangga kerana anak-anak sekolah Felda mampu membuat pementasan ke tahap ini, apatah lagi pementasannya dilakukan dalam bahasa Inggeris.

Di kesempatan tersebut, murid-murid yang terlibat dalam pementasan drama Moonlit Hope dibawa menonton persembahan teater di Panggung Bandaraya DBKL,

Persembahan yang berjudul Nuansa Pasar Seni: Di Bawah Tiang Lampu 2 menampilkan persembahan puisi dan sajak daripada Sani Sudin, Pyanhabib, Fairul Pujangga, dan ramai lagi.

Selain itu, mereka juga telah melawat Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC). Di sini, mereka belajar tentang pelbagai jenis dewan teater.

Lawatan ke teater ini telah menyuntik perasaan cinta akan teater dan seni dalam diri murid, ia juga menjadikan mereka lebih terinspirasi untuk membuat pementasan yang lebih baik lagi pada masa akan datang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan