27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Malaysia mahu Palestin diterima sebagai anggota penuh PBB – PM

Mesti Baca

MALAYSIA telah menyatakan hasrat agar Palestin diterima sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan gesaan gencatan senjata kepada Setiausaha Agungnya, Antonio Gutteres, semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasrat itu disampaikan sendiri oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika mereka bertemu di New York, Amerika Syarikat.

Menurut Perdana Menteri, gesaan Malaysia itu seiring dengan kenyataan Gutteres pada Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-negara Berkecuali di Kampala, Uganda bahawa hak Palestin untuk membina sebuah negara merdeka tidak boleh dinafikan.

“Keamanan dan kedamaian hanya dapat dicapai dan dipertahan jika hak sebenar dikembalikan kepada yang berhak.

“Jika penindasan, kekerasan, rampasan hak, dan dasar apartheid dibenar berleluasa, nescaya tiada suatu noktah yang selamat dalam kehidupan.

Mohamad Hasan bersalaman dengan rakan sejawatannya dari Palestin, Riyad Al-Malki semasa Debat Terbuka Peringkat Menteri berhubung isu Palestin di ibu pejabat PBB di New York.

“Pasti suatu hari, sekarang atau di masa hadapan, mereka yang tertindas dan dinafikan segala hak akan bangkit menentang ketidakadilan sebegini,” kata beliau menerusi kenyataan dalam Facebooknya hari ini.

Advertisements

Anwar berkata, Malaysia kekal dengan pendirian berprinsip yakni Palestin berhak mendapat hak membentuk sebuah negara yang merdeka dan berdaulat berdasar garis sempadan pra-1967, dengan Baitul Maqdis sebagai ibu kotanya.

Sementara Mohamad menerusi hantaran Facebooknya berkata, Malaysia menyatakan pendirian itu dalam Debat Terbuka Peringkat Menteri di Majlis Keselamatan PBB berhubung isu Palestin di ibu pejabat PBB.

“Telah saya suarakan bahawa Malaysia menuntut Israel untuk bertanggungjawab ke atas pelanggaran Undang-Undang Antarabangsa yang jelas dilakukannya.

“Malaysia juga menyambut baik dan menyokong keputusan Afrika Selatan untuk memulakan prosiding perundangan ke atas Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

“Kami juga dengan tegas menyeru agar Majlis Keselamatan mengambil tindakan segera untuk menghentikan pembunuhan rakyat Palestin dengan segera mengadakan gencatan senjata,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan