27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Miss CosmoWorld International World 2023 milik Amerika Syarikat

Mesti Baca

HASIL latihan intensif dan aktiviti yang berbulan-bulan dilakukan telah mencapai kemuncak dengan acara Miss CosmoWorld International World 2023 Final menyaksikan peserta dari Amerika Syarikat (AS) menjadi juara.

Berlangsung di St. Regis Kuala Lumpur, baru-baru ini, acara itu menyaksikan ratu cantik dari 25 negara bersaing di pentas akhir.

Shelby Ann Howell, berusia 23 tahun, berasal dari AS, dinobatkan sebagai pemenang Miss CosmoWorld 2023 dan meraih gelaran Anugerah Miss Photogenic.

Anugerah naib juara pertama diberikan kepada Elda Louise Aznar dari Filipina, berusia 28 tahun, yang juga memenangi lima gelaran susidiari dan gelaran Busana Kebangsaan Terbaik, manakala naib juara kedua diberikan kepada Maryna Karpeka, berusia 26 tahun, dari Ukraine.

Walaupun tidak terpilih ke dalam senarai lima teratas, peserta dari Malaysia, Tay Cheah tidak pulang dengan tangan kosong dan memenangi gelaran subsidiari Miss Talent.

Acara penuh meriah itu disaksikan oleh Penasihat Kehormat Miss CosmoWorld, Tengku Hishamuddin Dato Dr. Hishammudin Zaizi Y.A.M Tengku Azman Shah Alhaj dan Dato’ Sri Chong Chin Fung.

Peringkat akhir global ini menawarkan hadiah utama terbesar dalam sejarah pertandingan ratu cantik, bernilai RM1.93 juta termasuk faedah dan keistimewaan yang ditaja, serta hadiah tunai yang sangat diidamkan sebanyak USD 100,000 (kira-kira RM 470,000) oleh GetBats.

Howell berkata, pengalaman dalam menyertai pertandingan telah memperkasakan dirinya dan ini adalah impiannya sejak kecil lagi.

“Selepas kemenangan ini, saya akan tumpukan usaha dan masa saya untuk menganjurkan acara seperti ini, menguatkan lagi pengaruh media sosial saya, dan saya juga akan terus menyumbang kepada pertubuhan amal, sebagai cara saya berbakti kepada masyarakat.

“Saya juga akan berbincang dengan Carrie untuk membawa pertandingan ini ke Amerika Syarikat kerana saya percaya ramai wanita ingin menyertai Miss CosmoWorld untuk memperkasakan diri mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Miss CosmoWorld, Carrie Lee berkata, visi mereka adalah untuk memperkasakan wanita, meraikan kekuatan, kecerdasan, dan ketahanan mereka.

Advertisements

“Kami percaya kecantikan sejati terletak dalam keyakinan, watak, dan kekuatan untuk melakukan perubahan.

“Hari ini, kami memulakan perjalanan yang tidak hanya akan mengiktiraf seorang ratu tetapi menginspirasi dan mengangkat wanita dari segala penjuru dunia. Kami komited untuk menanam bakat, kecerdasan, dan sifat kepimpinan ratu cantik yang terbabit,” katanya.

Edisi ketujuh Miss CosmoWorld International World 2023 Final ini dianjurkan selepas ratu cantik dari negara seperti Kanada, Korea Selatan, Kazakhstan, Australia, Afrika Selatan, Rwanda, Amerika Syarikat (AS), dan lain-lain melalui program yang padat dengan aktiviti yang disediakan khas untuk merangsang semangat persaingan di kalangan peserta.

Setiap peserta dibawa ke Melaka untuk aktiviti akhir sebagai sebahagian daripada aktiviti tiga hari yang merangkumi persembahan bakat, memetik buah dan bunga, dan beberapa aktiviti lain lagi.

Enam bakat terbaik kemudian dipilih untuk beraksi di peringkat akhir. Seiring dengan persiapan untuk gaya hidup lebih sihat, lawatan itu juga membabitkan sesi pengukuhan pasukan yang dikendalikan oleh EbakzSports, melatih ratu cantik untuk menguatkan bukan sahaja minda mereka tetapi juga semangat dan keazaman mereka.

Lawatan ini bukan sahaja memberi manfaat peserta tetapi juga untuk mempamerkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang sempurna.

Tapak warisan, kawasan makanan tempatan dan mercu tanda bersejarah adalah sebahagian daripada lawatan semasa mereka berada di Melaka.

Miss CosmoWorld 2023 dianjurkan oleh CL Skin Beauty Sdn. Bhd, dengan Getbats sebagai penaja hadiah wang tunai, First Pavilion Global Berhad (FPG Berhad), dan propBUDDIES.com sebagai penaja utama.

MeLife menjadi rakan kongsi sebagai Penaja Platinum Grand Final Malaysia dan Hyatt Place Kuala Lumpur berperanan sebagai Penaja Penginapan.

Gelaran khas termasuk Miss Healthy (dipersembahkan oleh Gintell); Miss Glamorous (dipersembahkan oleh Prife International); Miss Photogenic (dipersembahkan oleh MeLife); Miss Personality (dipersembahkan oleh FPG Berhad); Miss Talent (dipersembahkan oleh Dato’ Jimmy Poh); Miss Congeniality (dipersembahkan oleh Hyatt Place Kuala Lumpur); Miss Courage (dipersembahkan oleh CL Skin Beauty Sdn. Bhd); Best Creativity (dipersembahkan oleh Prop Buddies), dan Miss Popularity (dipersembahkan oleh Koleksi Carrie). -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan