26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Kanak-kanak autisme hilang ditemukan meninggal dunia

Mesti Baca

KANAK-KANAK autisme yang dilaporkan hilang sejak Selasa ditemukan meninggal dunia di sebuah anak sungai berhampiran lokasi dia hilang di Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya malam ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid kepada pihak media di lokasi kejadian.

Tubuh Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, ditemukan penduduk dianggarkan lebih 200 meter daripada lokasi dia dilaporkan hilang, sekitar pukul 10 malam ini.

Semalam, polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun yang dilaporkan hilang sejak Selasa.

Advertisements

Mohamad Fakhrudin dalam satu kenyataan berkata, kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Zayn Rayyan Abdul Matiin.

“Kanak-kanak itu kali terakhir dilihat berada di kawasan perumahan Blok R Apartment Idaman Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, Petaling Jaya, pada jam 12 tengah hari, Selasa,” katanya.

Zayn Rayyan merupakan murid Sekolah Kebangaan Damansara Damai 2 mempunyai masalah bertutur.

Ketika hilang, dia memakai baju sekolah berkolar putih, berseluar hitam dan berkasut sekolah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan