25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

ISI USIM bincang isu kesihatan mental dalam rumah tangga

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

INSTITUT Sains Islam (ISI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini telah mengadakan Siri Syarahan Sains Islam yang membawa isu mengenai kesihatan mental dalam rumah tangga pada Isnin.

Syarahan itu disampaikan oleh Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM, Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh serta Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM, Prof. Dr. Mohd Fadzillah Abdul Razak.

Dalam syarahan bertajuk “Cabaran dan Solusi Kesihatan Mental dalam Mengharungi Bahtera Rumah Tangga” itu, seramai 40 orang peserta menghadirinya yang diadakan secara hibrid.

Dr. Nik Salida Suhaila berkata, adalah menjadi tanggungjawab dan peranan ibu bapa dalam mewujudkan keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah sesuai ndengan hadis Rasulullah SAW bagi menerangkan signifikan ibu bapa dalam sesebuah keluarga.

“Ibu bapa mempunyai peranan masing-masing dalam menunaikan tanggungjawab mereka terhadap keluarga kerana tidak sempurna iman seseorang yang tidak amanah dan tidak sempurna agamanya bagi seseorang yang tidak menunaikan janji,” katanya.

Bagi Dr. Mohd Fadzillah pula, faktor genetik merupakan asas komponen terbesar untuk individu itu terdedah dengan masalah kesihatan mental.

Advertisements

“Faktor genetik adalah salah satu komponen besar untuk anak-anak mengalami gangguan mental ini.

“Namun demikian, faktor lain juga perlu diambil kira seperti faktor persekitaran atau perkembangan individu,” katanya.

Sementara itu, salah seorang peserta program, Alia Natasha, 23, berkata, program sinergik tersebut signifikan kepada pelajar kerana ia mendedahkan tentang pelbagai isu kesihatan mental dan cara menanganinya.

Katanya, menerusi syarahan itu, dia sebagai pelajar mengetahui cara untuk membantu orang di sekeliling yang mengalami masalah tersebut.

“Secara keseluruhannya, program ini menyuburkan lagi rasa cakna terhadap diri sendiri dan menanamkan nilai manusiawi serta meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap orang lain dan persekitaran mereka.

“Hal ini sesuai dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat mempunyai sifat madani dan nilai ihsan yang tinggi,” ujarnya lagi. – Nur Dang Anum Abd Rahim (Pelajar USIM) / Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan