24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Hero, Dewi Remaja 2023 milik Aiman Ameer dan Nurel

Mesti Baca

PENCARIAN Hero Dewi Remaja 2023 melabuhkan tirainya malam tadi, apabila Aiman Ameer dan Nurel masing-masing dinobatkan sebagai Hero Remaja 2023 dan Dewi Remaja 2023, sekaligus mengetepikan saingan 10 peserta lain yang turut sama berentap di pentas akhir Hero Dewi Remaja 2023.

Selepas bersiaran selama lapan episod di Astro Ria, kedua-dua juara tahun ini masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 beserta sebuah trofi dan Dewi Remaja 2023 turut menerima sebuah mahkota di pentas akhir yang bersiaran secara langsung dari CIDB Convention Centre, Kuala Lumpur.

Tracie Sinidol selaku Dewi Remaja 2022 dan Mierul Aiman Hero Remaja 2021 turut hadir di pentas utama untuk memberikan mahkota penerus legasi kemenangan mereka.

Berkongsi perasaan masing-masing, Ameer, 23, berkata, sejujurnya dia mengakui saingan begitu sengit dan tidak menyangka juara menjadi miliknya.

Justeru, kemenangan ini diharap menjadi permulaan untuknya berusaha lebih keras lagi dalam memantapkan diri sebagai seorang pelakon terbaik satu hari nanti.

“Sejak awal memilih menyertai program ini saya sudah tetapkan hati mahu fokus berlakon. Selepas ini saya akan mengikuti lebih banyak kelas lakonan.

“Saya mahu asah bakat lakonan saya supaya orang dapat menilai kemenangan ini selayaknya milik saya,” katanya.

Bagi Nurel, 21, kemenangan ini lebih meyakinan dirinya untuk pergi menghadiri uji bakat lakonan.

“Sebelum ini saya banyak menyertai iklan komersil kerana tiada keyakinan diri menghadiri uji bakat sedangkan saya begitu meminati lakonan.

“Dengan kemenangan ini dan menerima ‘Best Actress in Action’ pada episod 7 program ini meyakinkan saya untuk lebih kerap hadir uji bakat,” katanya.

Dalam persaingan yang cukup sengit itu, Naib Juara Hero Remaja 2023 menjadi milik Fitri manakala Naib Juara Dewi Remaja 2023 dimenangi oleh Arabella yang berjaya mengekalkan prestasi konsisten sepanjang tempoh pertandingan.

Mereka masing-masing menerima wang tunai bernilai RM7,000 dan sebuah trofi.

Advertisements

Selain Juara Hero dan Dewi Remaja 2023, pemenang kategori Hero dan Dewi Inspirasi pada tahun ini telah dipilih secara eksklusif oleh penaja, Yaya Nadia Empire di mana penerima anugerah Hero dan Dewi masing-masing menerima kontrak kerjasama bernilai RM20,000 berserta sebuah trofi.

Penerima anugerah Hero dan Dewi Inspirasi Yaya Empire ialah Aiman Ameer dan Adrina.

Selain itu, menerusi hasil undian peminat di laman web REMAJA (www.remaja.my), kategori Hero Favourite dan Dewi Favourite disandang oleh Razin Qidran dan Nurel.

Manakala, kategori BestChesmistry Duo pula dimenangi oleh Jay Iskandar dan Arabella.

Kesemua pemenang kategori ini masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM1,000 dan sebuah trofi.

Pada malam finale Hero Dewi Remaja 2023, peserta telah dinilai oleh barisan juri yang cukup berpengalaman iaitu Scha Alyahya selaku juri tetap dan mentor rancangan ini bersama dua juri jemputan, Datuk Azni Nawawi dan Datuk Yusry Abdul Halim.

Sementara itu, Ketua Bahagian New Gen, Men & Hobbies, Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Fiezreen Ahmad berkata, sejarah tercipta apabila dua juara dinobatkan sekaligus, pertama kali dalam sejarah Dewi & Hero Remaja sepanjang lebih 38 tahun penganjuran.

“Pemilihan kedua-dua mereka dianggap tepat dan mampu meneruskan legasi cemerlang juara-juara sebelum ini.

“Pencarian ini bukan hanya mengiktiraf bakat yang cemerlang dan berpotensi, tetapi juga sebagai batu loncatan untuk mereka meneroka dunia seni, membina keyakinan diri, dan menjadi contoh yang memberi inspirasi kepada generasi masa kini.

“Sepanjang lebih lapan minggu bertanding, kesemua 16 peserta telah didedahkan dengan pelbagai ilmu dan aktiviti-aktiviti kerja sosial yang memberi manfaat.

“Selain itu, mereka turut diberikan peluang untuk muncul dalam program-pogram digital yang disusun secara strategik bagi memberi lebih banyak pendedahan terutamanya dalam industri seni di Malaysia,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan