32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

DBKL diarah banteras ulat tempat letak kenderaan

Mesti Baca

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah membanteras ulat tempat letak kenderaan di sekitar ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, arahan berkenaan dibuat berdasarkan aduan yang diterima sejak kebelakangan ini.

“Dalam beberapa hari ini, saya lihat banyak keluhan berkenaan isu ‘ulat parking’ di Kuala Lumpur.

“Saya telah arahkan DBKL untuk tingkatkan pemantauan dan rondaan serta ambil tindakan ke atas aktiviti ulat parking.

Advertisements

“Tindakan seperti ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya menerusi hantaran di aplikasi X.

Beliau berkata, arahan terbabit dikeluarkan susulan video yang tular di media sosial membabitkan seorang pengguna jalan raya diugut untuk membayar caj tempat letak kereta awam di sekitar Bukit Bintang pada waktu malam.

Menerusi video berdurasi 23 saat itu, kereta pengguna terbabit turut dicalarkan berikutan enggan membayar caj RM15 kepada ulat tempat kereta. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan