34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Salah premis makanan pamer sijil tauliah sembelih – JAKIM

Mesti Baca

TINDAKAN sesetengah pemilik premis makanan terutama bukan Islam yang mempamerkan sijil tauliah penyembelihan bagi menunjukkan makanan yang dijual halal bagi pelanggan Islam merupakan satu kesalahan.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Shahriman Ali Pitchay berkata, ini kerana sijil tauliah penyembelihan dikeluarkan oleh syarikat penyembelihan dan bukannya oleh pihak JAKIM.

Beliau berkata, tindakan pemilik premis makanan terbabit boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana ia mengelirukan pelanggan beragama Islam.

“Hal ini disebabkan sijil yang digunakan merupakan sijil tauliah dari syarikat penyembelih ayam dan bukan sijil logo halal yang sebenar dari premis kedai makan tersebut.

“Perkara demikian merupakan satu kesalahan dan perlu diambil tindakan oleh pihak berkuasa dan sebagai pembeli orang awam perlu mengetahui perkara tersebut,” katanya.

Advertisements
Sebahagian daripada peserta Seminar Halal 2023 di Institut Latihan Islam Malaysia di Bangi, Selangor. – Foto: FB ILIM

Beliau berkata demikian dalam forum Halal & Toyib: Satu Tuntutan sempena Seminar Halal 2023 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di Bangi, Selangor kelmarin.

Sementara itu Pengarah Institut Fatwa dan Halal, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Dr. Azman Ab. Rahman pula berkata, isu toyyiban perlu diambil tahu oleh orang awam dan pengusaha Islam sebagai tanggungjawab sesama muslim.

“Orang awam perlu tahu bagi mengelakkan diri daripada melakukan perkara syubhah dan tidak terjebak dalam melakukan perkara haram tanpa disedari,” katanya.

Beliau juga berharap agar umat Islam mengambil berat dan mengetahui tentang produk-produk yang mempunyai logo halal Malaysia atau logo-logo halal yang diiktiraf oleh JAKIM. – Farisya Abdul Roub (Pelajar ACJ 3083, USIM)/Edisi 9

Advertisements

Terkini

Rondaan Maritim Malaysia jadikan perairan negara lebih selamat

PENINGKATAN penguatkuasaan dan rondaan yang dilaksanakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menjaga keselamatan perairan negara telah menjadikan...

Lagi Artikel Berkaitan