30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Sidang tergempar OIC: Malaysia hubungi Turkiye, Arab Saudi – PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah meminta Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menghubungi kerajaan Turkiye dan Arab Saudi.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, ia berhubung kewajaran bagi negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mengadakan satu sidang tergempar berkenaan konflik Israel dan Palestin.

“Saya telah meminta Menteri Luar untuk menghubungi Turkiye dan Arab Saudi untuk menyatakan kewajaran adakan sidang tergempar OIC.

“Sidang ini juga harus melibatkan negara-negara seperti Brazil, Rusia dan China yang menyatakan sikap tegas menentang keganasan Israel,” katanya menerusi Facebook, malam tadi.

Advertisements

Terdahulu di Dewan Rakyat, Perdana Menteri telah menyatakan sokongan Malaysia terhadap cadangan Turkiye dan Arab Saudi untuk mengadakan mesyuarat OIC bagi membincangkan isu Palestin.

Memetik laporan Bernama, Duta Besar Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yuksel memaklumkan bahawa republik itu menjalin kerjasama erat dengan negara ini dalam isu Palestin termasuk berkaitan penyelarasan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Beliau berkata, perkara itu turut dibincang oleh Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan Anwar semasa lawatan dua hari Perdana Menteri ke negara tersebut pada 21 Oktober lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan