27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Prestasi projek naik taraf sekolah daif rendah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PRESTASI naik taraf dan pembangunan semula bangunan di sekolah-sekolah daif di seluruh negara adalah rendah kerana hanya 386 sekolah sahaja yang telah dilaksanakan projek tersebut.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 yang dikeluarkan hari ini, jumlah tersebut sangat rendah kerana hanya sekitar 25.6 peratus daripada jumlah keseluruhan.

“Hanya 386 sekolah telah dilaksanakan Projek Naik Taraf dan Pembangunan Semula Sekolah daripada 1,505 sekolah yang dikenal pasti mempunyai bangunan daif di seluruh Malaysia.

“Daripada 386 sekolah tersebut, hanya 123 atau 31.9 peratus telah siap bagi tempoh 2019 hingga 2022,” katanya hari ini.

Advertisements

Selain itu, LKAN 2022 turut mendapati Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) yang dibangunkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) masih tidak mempunyai kontrak sehingga kini.

Jelas laporan itu, FWCMS dilancarkan sebelum ini menggantikan Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) dibangunkan dengan kos sebanyak RM19.39 juta.

“Namun, Sistem FWCMS masih tidak mempunyai kontrak sehingga kini.

“Selain itu, kawalan keselamatan Sistem FWCMS mendapati dua ID pengguna yang berperanan sebagai Super Admin KSM dipegang oleh individu bukan pegawai KSM,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan