33 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Kuda mengamuk dalam kargo, pesawat terpaksa patah balik

Mesti Baca

GARA-GARA seekor kuda dalam kargo mengamuk dan terlepas, sebuah pesawat terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang. 

Insiden itu berlaku kira-kira setengah jam selepas pesawat berkenaan meninggalkan New York dalam perjalanan ke Belgium.

Kru pesawat kargo Boeing 747 menghubungi pusat kawalan trafik udara untuk memaklumkan tentang insiden haiwan terlepas itu.

“Kami tiada masalah dari segi penerbangan tetapi kami perlu kembali ke New Yok.

“Ini kerana kuda yang kami bawa terlepas dari tempatnya dan gagal dikawal,” lapor juruterbang pesawat itu dalam rakaman kawalan trafik udara diperolehi Live ATC.

Advertisements

Data FlightRadar24 menunjukkan, pesawat itu naik pada ketinggian 31,000 kaki sebelum terpaksa membuat pusingan U di luar pantai Boston.

Audio menunjukkan, pesawat itu membuang sekitar 20 tan bahan api ke atas Atlantik dalam memastikan pesawat itu tidak melebihi had berat selamat untuk mendarat.

Juruterbang itu kedengaran meminta kawalan trafik udara mendapatkan doktor haiwan hadir apabila penerbangan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy, New York.

Pesawat itu akhirnya berjaya mendarat dan diberi bantuan diperlukan. -Agensi

Advertisements

Terkini

Sejauh mana kebebasan universiti dimanfaatkan mahasiswa?

Oleh DR ABDUL MUQIT MUHAMAMMAD KEBEBASAN akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat universiti. Tanpa kebebasan akademik, masyarakat universiti tidak akan...

Lagi Artikel Berkaitan