33.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Bot nelayan tempatan ditahan gaji kru warga asing

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBUAH bot nelayan tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang kerana disyaki menggaji pekerja asing warga Myanmar.

Pemangku Pengarah Maritim Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong Si Prom berkata, bot tersebut ditahan di kedudukan 48 batu nautika barat daya Pulau Kendi, semalam.

Katanya, KM Burau yang ditugaskan di dalam perintah operasi telah mengesan sebuah bot nelayan tempatan terbabit sedang bergerak di posisi berkenaan.

“Penggeledahan dan pemeriksaan mendapati lima kru termasuk tekong warga Myanmar berada di atas bot berkenaan. Kesemua mereka berumur 22 hingga 45 tahun.

Advertisements

“Pemeriksaan lanjut mendapati bot terbabit tidak mempunyai permit kelulusan penggunaan kru bukan warganegara daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Nak Rong berkata, kesemua mereka juga gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah sewaktu penggeledahan dilaksanakan.

“Bot tersebut kemudian ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan dibawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki permit atau pass yang sah.

“Kru warga asing terbabit telah direman selama 14 hari bersama anggaran 1500 kilogram (kg) hasil laut bagi membantu siasatan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lagi anak Malaysia bakal catat nama pendaki puncak tujuh benua

SEORANG lagi anak Malaysia bakal mencatat nama sebagai Pendaki Tujuh Puncak Tertinggi Tujuh Benua Dunia jika berjaya menamatkan pendakian...

Lagi Artikel Berkaitan