27.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

10 wanita warga asing mangsa eksploitasi diselamatkan JIM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 10 orang wanita warga asing yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang telah diselamatkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam serbuan yang dijalankan ke atas sebuah premis yang menjalankan perniagaan pusat urut.

Operasi oleh Unit Risikan Operasi, Bahagian Pencegahan ATIPSOM dan AMLA JIM Putrajaya itu dijalankan hasil daripada aduan awam dan maklumat risikan yang diterima.

JIM menerusi kenyataan berkata, operasi yang dijalankan turut menggunakan pendekatan siasatan awal bagi pengenalpastian mangsa pemerdagangan orang berpandukan kepada National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI).

“Warganegara asing yang diselamatkan terdiri daripada 10 orang wanita berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun.

Advertisements
Wanita warga asing yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang telah diselamatkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

“Kesemua mereka dipercayai menjadi mangsa eksploitasi dengan bekerja sebagai tukang urut.

“Seorang lelaki warganegara Malaysia berperanan sebagai penyelia premis terbabit turut ditahan untuk siasatan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (AKTA 670),”menurut kenyataan itu.

Katanya, JIM akan meneruskan operasi penguatkuasaan dan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (AKTA 670).

Dalam masa sama, JIM menggesa orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat yang dapat membantu JIM dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan