27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Zambry adakan lawatan ke Sri Lanka

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MENTERI Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir akan mengadakan lawatan kerja ke ibu negara Sri Lanka, Colombo, selama tiga hari bermula hari ini.

Kementerian Luar Negeri (KLN) menerusi kenyataan berkata, Zambry dijadualkan mengadakan mesyuarat dua hala bersama rakan sejawatannya, Mohamed Uvais Mohamed Ali Sabry.

Katanya, itu merupakan peluang terbaik kepada kedua-dua pemimpin bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang telah sekian lama terjalin serta meneroka bidang kerjasama baharu yang berkepentingan bersama.

“Zambry juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Sri Lanka, Dinesh Gunawardena.

“Selain itu, beliau juga mengadakan pertemuan dengan Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe,” katanya hari ini.

Advertisements

Dalam pada itu, Menteri Luar juga akan mengadakan sesi libat urus bersama komuniti perniagaan di Sri Lanka untuk meneroka potensi kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.

KLN berkata, Zambry juga akan menghadiri Mesyuarat ke-23 Majlis Menteri-Menteri Persatuan Lingkaran Lautan Hindi (IORA) pada 11 pada Rabu ini.

“Kehadiran Zambry memberikan dorongan untuk mengukuhkan lagi penglibatan Malaysia di rantau perairan Lautan Hindi dan kawasan sekitarnya,” katanya.

Sri Lanka merupakan rakan dagangan ke-48 terbesar Malaysia di peringkat global tahun lalu dengan jumlah dagangan bernilai RM3.78 bilion, meningkat 13.2 peratus daripada RM3.34 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan