Tuesday, July 21, 2026

Mohd. Sabri dilantik CEO baharu Terengganu FC

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KETUA Pegawai Operasi (COO) Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB), Mohd. Sabri Abas dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu FC yang baharu.

Terengganu FC menerusi kenyataan memaklumkan, pelantikan Mohd. Sabri dibuat secara rasmi dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah TFCSB kali ketiga 2023 petang semalam.

Katanya, mesyuarat tersebut dipengerusikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO Terengganu merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim

“Kami dari seluruh keluarga besar Terengganu FC ingin mengucapkan tahniah buat Mohd. Sabri atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) yang baharu,” katanya hari ini.

Jawatan CEO Terengganu FC kosong selepas penyandangnya, Ab. Rasid Jusoh meninggalkan kelab pada awal bulan ini selepas dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.

Dalam pada itu, Terengganu FC berkata, Mohd. Sabri sebelum ini menjawat jawatan sebagai COO di TFCSB dan antara individu yang banyak menyumbang dalam perkembangan kelab ini sejak berkhidmat bermula pada 2020.

“Dengan mengambil kira dari pelbagai aspek pengurusan khususnya, Ahli Lembaga Pengarah TFCSB melihatkan kredibiliti serta pengalaman yang dimiliki beliau menjadikannya sebagai calon terbaik untuk menjadi peneraju TFCSB yang baharu,” jelasnya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan