26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

PRK Parlimen Kemaman ditetapkan 2 Disember – SPR

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu adalah pada 2 Disember depan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon ditetapkan pada 18 November sementara hari mengundi awal pula adalah pada 28 November ini.

“Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRK Parlimen Kemaman adalah daftar pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Ogos 2023 yang dikemas kini sehingga 3 Oktober 2023.

“DPPR PRK Parlimen Kemaman mengandungi sebanyak 141,790 pemilih yang terdiri daripada 141,382 orang pengundi biasa, 387 orang anggota polis, sembilan anggota tentera dan pasangan serta 12 Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

“Pilihan raya ini memerlukan peruntukan sebanyak RM3.5 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas PRK Parlimen Kemaman di Menara SPR, Putrajaya, hari ini.

Advertisements

Pada 26 September lalu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Che Alias Hamid yang mewakili Pas.

Ini setelah pihak pempetisyen iaitu Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil (pengundi) berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Abdul Ghani berkata, urusan permohonan semua kategori undi pos bagi PRK Parlimen Kemaman dibuka bermula hari ini.

“Tarikh tutup bagi kategori 1A iaitu petugas pilihan raya, ahli/pegawai SPR, anggota polis dan tentera serta pasangan dan petugas media adalah pada 15 November ini.

“Bagi 1B iaitu warganegara yang berada di luar negara ditetapkan pada 26 Oktober sementara bagi 1C (agensi/organisasi) pula pada 30 Oktober ini,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan