28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, December 13, 2024

PN gesa Malaysia usulkan mesyuarat tergempar OIC

Usul tersebut untuk mengecam pencerobohan Israel dan menzahirkan solidariti dengan rakyat Palestin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) menggesa kerajaan Malaysia mengambil tindakan segera dengan mengusulkan mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mengecam pencerobohan Israel dan menzahirkan solidariti terhadap rakyat Palestin.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, adalah penting bagi masyarakat antarabangsa berdiri bersama untuk menangani krisis tersebut dan berusaha ke arah penyelesaian yang aman dengan menghormati hak rakyat Palestin.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, PN amat prihatin dengan perkembangan membimbangkan di Semenanjung Gaza akibat keganasan regim Israel.

“PN juga mengutuk pencerobohan berulang kali terhadap Masjid Al-Aqsa yang ternyata menjadi antara sebab utama peningkatan ketegangan di rantau itu.

“Masyarakat antarabangsa mesti bertindak pantas dan tegas untuk memaksa Israel menghentikan pelanggaran undang-undang antarabangsa secara terang-terangan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Muhyiddin berkata, Israel mesti menghormati resolusi-resolusi antarabangsa yang telah diputuskan melalui Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan mengakui hak serta sejarah rakyat Palestin.

“Berikutan itu, masyarakat antarabangsa mesti menghalang peristiwa ini daripada menjadi alasan untuk serangan baharu Israel yang mengancam nyawa orang awam Palestin di Gaza.

Beliau berkata, PN mengulangi komitmennya yang tidak berbelah bahagi kepada perjuangan Palestin yang adil dan hak yang sah bagi rakyat negara itu.

“PN dengan tegas menyokong penubuhan negara Palestin merdeka berdasarkan sempadan tahun 1967,”katanya. – Edisi 9


Advertisements

Terkini

YKM belanja RM5 juta bantu anak yatim akibat COVID-19

YAYASAN Keluarga Malaysia (YKM) telah membelanjakan sebanyak RM5 juta pada tahun ini bagi membantu meringankan beban dihadapi anak-anak yatim...

Lagi Artikel Berkaitan