25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 21, 2025

Peserta wanita Ironman Langkawi meninggal dunia

Mesti Baca

PESERTA kejohanan triathlon Ironman Langkawi Malaysia, Muhaini Mahmud, 44, meninggal dunia di Hospital Sultanah Maliha (HSM), Langkawi, petang semalam.

Terdahulu, Muhaini yang juga pengasas bersama platform penyediaan perkhidmatan penjagaan bayi, Kiddocare Sdn Bhd dikejarkan ke HSM selepas hampir lemas ketika mengambil bahagian dalam disiplin renang.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Mui, kemudian dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Berita kematian Muhaini dikongsikan rakannya, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid yang juga anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam laman Facebook beliau.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. See you when I see you Mui. I lost one good friend who never fail to wish me Happy Birthday every year and my birthday is just in 2 weeks! (Jumpa anda bila saya bertemu anda Mui. Saya kehilangan seorang kawan baik yang tidak pernah gagal mengucapkan Selamat Hari Jadi setiap tahun, dan ulang tahun kelahiran saya hanya dalam dua minggu lagi!)

Advertisements

“Kan we promised to makan-makan to celebrate 45 years of our ‘HOT’ achievements. (Kan kita berjanji untuk makan-makan bagi meraikan 45 tahun pencapaian kita).

“Allah lebih sayangkan ‘u’ (anda) Mui. Semoga ‘u’ (anda) rehat dengan tenang di taman2 (taman-taman) syurga, our beloved (kesayangan kami) Mui,” tulisnya.

Nurulhidayah mengakhiri catatannya itu dengan kalimah al-Fatihah berserta gambar Allahyarhamah.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, mengesahkan Allahyarhamah meninggal dunia di HSM petang semalam. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Anwar bertemu pemimpin MNC di Davos, teroka sinergi pelaburan

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin syarikat multinasional (MNC) di sela-sela Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi...

Lagi Artikel Berkaitan