25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

KPM perlu pertimbang semula Minggu Solidariti Palestin – DAP

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) diminta mempertimbangkan semula penganjuran program Minggu Solidariti Palestin bagi mengelakkan penularan unsur ekstremisme di sekolah-sekolah.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, kementerian sepatutnya menggunakan pendekatan yang lebih sesuai untuk menyampaikan mesej di kalangan murid-murid sekolah.

“Program di sekolah sepatutnya memupuk semangat cintakan keamanan sejagat dan menerapkan nilai-nilai kemanusiaan dalam membentuk sahsiah yang selari dengan prinsip-prinsip Madani.

“Hubungan dan pemahaman silang budaya serta perasaan hormat-menghormati sesama rakan-rakan sebaya daripada latar belakang berlainan juga harus dipupuk,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Anthony Loke, DAP terkilan dengan penganjuran satu program di sebuah sekolah rendah yang memaparkan unsur-unsur keganasan dan ekstremisme dengan penggunaan replika senjata.

Advertisements

Katanya, DAP menentang sebarang bentuk keganasan dan membantah semua bentuk program yang mempamerkan unsur-unsur kekerasan bersenjata di semua sekolah yang melibatkan murid-murid pada usia yang muda.

“Program seumpama itu hanya akan memberikan mesej dan pengajaran yang salah kepada generasi muda kita,” katanya.

“DAP menggesa KPM mengambil tindakan tatatertib terhadap pihak penganjur program tersebut dan menghalang sebarang program seumpama daripada berulang,” katanya.

Dalam pada itu, Anthony Loke berkata, DAP mengulangi pendirian untuk terus bersolidariti dengan rakyat Palestin di atas prinsip kemanusiaan.

“Kami sentiasa mendokong pendirian Kerajaan Malaysia untuk bersuara lantang di pentas dunia untuk perjuangan membebaskan Palestin dan mengembalikan hak dan wilayah mereka yang sepatutnya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan