27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 8, 2024

KPDN rampas 744 unit berus gigi tiruan

Mesti Baca

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang merampas 744 unit berus gigi tiruan dalam serbuan di sebuah premis kediaman di Taman Nuri, di sini, pagi tadi.

Serbuan kira-kira jam 10 pagi itu diadakan melalui hasil risikan yang dijalankan beberapa hari lalu selepas memperoleh aduan daripada pemilik cap dagangan berdaftar barangan berkenaan.

Pengarah KPDN negeri, S Jegan, berkata berdasarkan maklumat dan risikan, pihaknya mengadakan serbuan ke atas sebuah kediaman yang menjalankan aktiviti perniagaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas premis terbabit, kami menemukan sejumlah 744 unit berus gigi yang menggunakan jenama Oral-B yang disyaki tiruan.

Advertisements

“Semua barangan terbabit bersama beberapa dokumen perniagaan lain disita dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM855.60,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak melakukan aktiviti menjual barang yang tidak mendapat kebenaran pemilik cap dagangan berdaftar yang sah, terutama alat keperluan rumah seumpama itu kerana ia boleh mengancam keselamatan pengguna.

Katanya, pengguna juga perlu sentiasa berhati-hati terutama apabila membeli alat keperluan rumah sama ada di premis fizikal atau secara dalam talian serta tidak mudah terpedaya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 102 (1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam kawalannya bagi maksud perdagangan apa-apa barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah. -Edisi 9

 

Advertisements

Terkini

KLDX, AsiaNext perluas pasaran aset digital di rantau ini

BURSA sekuriti digital, KLDX menjalinkan kerjasama dengan bursa sekuriti aset digital, AsiaNext bagi memperluaskan pasaran aset digital di rantau...

Lagi Artikel Berkaitan