27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

500,000 al-Quran diedar ke luar negara jelang hujung tahun

Mesti Baca

SEBANYAK 500,000 naskhah al-Quran yang dicetak di Malaysia disasarkan untuk diedarkan ke luar negara menjelang hujung tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, setakat ini, sebanyak 34,500 naskah al-Quran menerusi inisiatif pengedaran sejuta naskah al-Quran yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diedarkan ke Kemboja, Australia, Kanada, Amerika Syarikat dan terbaharu ke Ireland.

“Kita harap hujung tahun ini boleh sampai 500,000 pengedaran al-Quran ini Insya-Allah,” katanya selepas menyerahkan sumbangan 300 naskhah al-Quran terjemahan bahasa Inggeris kepada Duta Besar Malaysia ke Ireland Wan Aznainizam Yusri Wan Abdul Rashid, semalam.

Katanya, pihaknya mengharapkan al-Quran akan jadi sumber rujukan untuk masyarakat bukan Islam di Ireland dengan harapan mereka lebih memahami agama Islam.

Advertisements

Pada acara sama, Mohd Na’im turut menyampaikan sumbangan 100 buku terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) antaranya Kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman versi bahasa Inggeris dan Masjid Putra Putrajaya – A Sense Of History and Beauty.

Pada 15 September lalu, Anwar berkata, usaha pengedaran al-Quran yang dilakukan Malaysia ketika ini adalah gagasan penting kepada penghayatan Islam selain memartabatkan umat dan negara.

Mohd Na’im juga berharap lebih ramai duta besar Malaysia di luar negara tampil untuk melakukan inisiatif pengedaran al-Quran di tempat bertugas masing-masing kerana sebagai usaha membendung Islamofobia.

Sementara itu, Wan Aznainizam dalam ucapannya berkata, pengedaran al-Quran dan buku terbitan JAKIM dapat menangkis persepsi negatif terhadap Islam di Ireland. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan