26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Zuki jamin penjawat awam sokong jayakan inisiatif KSP RMK-12

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KETUA Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali memberi jaminan bahawa anggota perkhidmatan awam akan sentiasa meningkatkan penyampaian perkhidmatan dalam menyokong bagi menjayakan setiap inisiatif kerajaan.

Menerusi catatan di Facebook, Mohd. Zuki berkata, ia bagi diterjemahkan kepada penghasilan yang diharapkan bagi mencapai aspirasi Malaysia Madani seperti digariskan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK-12).

“Dengan 17 anjakan besar yang diumumkan, pastilah penggerak utama pelaksanaan dasar ini adalah perkhidmatan awam.

“Saya yakin dengan kepimpinan Kerajaan Perpaduan, visi dan misi yang jelas ini dapat menjadi pemangkin kepada kebolehcapaian objektif-objektif yang disasarkan,” katanya hari ini.

Advertisements

KSP RMK-12 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini merupakan manifestasi Kerajaan Perpaduan dalam memacu pembangunan yang holistik.

Ia melibatkan anjakan baharu agenda pembangunan negara selaras dengan kerangka Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat yang disokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Mohd. Zuki berkata, KSP RMK12 adalah manifestasi daripada Kerajaan Perpaduan berteraskan kepada tiga fokus utama iaitu memperkukuh kemampanan, membangun masyarakat sejahtera dan mencapai negara berpendapatan tinggi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan