26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Pelajar UUM terima anugerah rekod pencapaian belia di Jakarta

Mesti Baca

PELAJAR Universiti Utara Malaysia (UUM) mengharumkan nama negara apabila menerima Anugerah Rekod Pencapaian Belia bersempena ASEAN Future Generation Business Forum, di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Pencapaian itu adalah pengiktirafan kepada Beh Zeng Kang, 27, yang juga pelajar Ijazah Sarjana Hubungan Antarabangsa selepas dia melakar sejarah sebagai ‘The First Malaysian Winner of ASEAN Youth Eco Champion’.

Katanya, pengiktirafan berkenaan memberi makna besar kepadanya, keluarga dan rakan-rakan.

“Ia juga memberikan motivasi buat diri saya dalam memperjuangkan agenda pemerkasaan kelestarian alam bersama semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan.

Zeng Kang, yang juga Setiausaha Pertubuhan Generasi Peduli Sampah Malaysia berkata, sepanjang pembabitannya sebagai aktivis alam, dia telah menerima beberapa pencapaian.

“Antaranya muncul sebagai Ikon Belia Kelestarian Alam (2022) dan anugerah Tokoh Belia ASEAN (Alam Sekitar) kategori junior pada 2019,” katanya.

Advertisements

Sementara itu, Naib Canselor UUM, Profesor Dr Mohd Foad Sakdan turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Zeng Kang yang telah memberikan khidmat dan sokongan dalam membantu memelihara serta memulihara alam sekitar dalam memperjuangkan khazanah alam di Malaysia.

” Anugerah ini suatu pencapaian yang amat membanggakan dan telah mempamerkan perjalanannya yang memberi inspirasi kepada masyarakat global yang wajar dijadikan contoh oleh generasi muda,” katanya.

Menurutnya, Zeng Kang adalah individu yang dinamik mempunyai kemahiran komunikasi luar biasa yang berteraskan prinsip empati dan simpati.

“Kecemerlangannya dalam bidang akademik dilengkapkan dengan penglibatan aktifnya dalam aktiviti luar. Dedikasinya terhadap pembangunan belia, program sukarela sosial, kerja pemuliharaan alam sekitar, dan organisasi kepimpinan menunjukkan komitmennya terhadap perubahan positif,” katanya.

Mohd Foad berkata, sumbangan pelajar terbabit telah meluas ke peringkat global, menjadikannya pengiktirafan sebagai Duta Belia Lautan ADRECC pada 2019.

“Beliau mewakili Malaysia di platform antarabangsa seperti acara Ekspo Menyelam Asia (ADEX). Komitmennya terhadap amalan lestari terbukti apabila mendidik orang ramai tentang kitar semula sisa plastik dan membuat cenderahati buatan tangan daripada sisa kaca,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan