29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

‘Terbuai Pilu’ bersama Keisya Levronka

Mesti Baca

SUARA merdu Keisya Levronka gadis berasal dari Malang, Indonesia ini tidak perlu dipertikaikan lagi.

Keisya bakal menghadirkan pengalaman konsert yang penuh Emosi, Syahdu dan Sentimental yang diberi nama Terbuai Pilu bersama Keisya Levronka yang akan berlangsung pada 28 Oktober di Zepp Kuala Lumpur.

Bersedia untuk mengembara dalam perjalanan beremosi, penyanyi-penulis lagu hebat ini bakal menjejakkan kaki ke pentas untuk satu malam dengan melodi yang bersuara merdu, syahdu, dan penuh sentimental.

Konsert ini akan menjadi pengalaman yang mengasyikkan, menggabungkan visual yang direka khas buat Konsert ini, susunan muzik, reka bentuk pakaian dan kesenian Keisya yang luar biasa untuk mencipta acara yang benar-benar tidak dapat dilupakan.

Keisya Levronka telah menawan hati di seluruh dunia dengan suara merdu dan beremosinya dan kini, dia membawa bakatnya yang memukau hanya untuk satu malam.

Dikenali dengan kebolehannya menyampaikan emosi sejati melalui muziknya, persembahan Keisya dijangka akan menggugah perasaan penonton.

“Konsert ini akan menampilkan perjalanan hidup saya yang penuh liku dan cabaran, disempurnakan melalui lagu yang menggerakkan hati, setiap satu disampaikan dengan gaya penuh perasaan yang pasti akan membuat penonton terbuai,” katanya.

Advertisements

Dari balada berkuasa hingga lagu-lagu cinta yang lembut, himpunannya merangkumi pelbagai emosi manusia, menjadikan malam itu benar-benar satu dalam sejuta.

Penonton boleh mengharapkan intipati impian Keisya di mana dia mahu berkongsi kisah hidupnya dengan niat yang mulia, iaitu setiap peminatnya yang hadir Terbuai Pilu melalui hidup yang indah, walaupun apa jua yang berlaku.

Nantikan juga konsep menakjubkan oleh Keisya sendiri yang menampilkan senarai set yang direka dengan teliti, menggabungkan lagu-lagu Keisya yang banyak memberi inspirasi yang melengkapi kedalaman emosi dalam muzik di mana Keisya akan mempersembahkan insan-insan dan kisah yang dilalui sepanjang dalam hidup beliau.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan persembahan Keisya Levronka yang menggamit jiwa.

Tiket kini boleh didapati di https://mydeteksi.ubertickets.asia/.

Pastikan tempat anda untuk malam yang dijanjikan penuh keajaiban di Terbuai Pilu bersama Keisya Levronka pada 28 Oktober di Zepp Kuala Lumpur. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan