33 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Disyaki rogol wanita tempatan, sami warga asing ditahan

Mesti Baca

SEORANG sami warga asing ditahan selepas disyaki merogol seorang wanita warga tempatan di sebuah kawasan di Puchong, di sini, Ogos lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Izuddin Ab Wahab, berkata suspek berusia lingkungan 40-an ditahan di Puchong Jaya, Selangor pada 23 September lalu.

“Suspek direman tujuh hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Advertisements

“Setakat ini, hanya seorang wanita berusia 30-an yang mendakwa menjadi mangsa serangan seksual suspek membuat laporan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Polis Daerah Serdang, melaporkan sedang memburu suspek kes itu selepas mangsa membuat laporan.

Izuddin dilaporkan berkata, mangsa dirakam keterangan dan polis juga sedang mengesan saksi yang terbabit untuk membantu siasatan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sejauh mana kebebasan universiti dimanfaatkan mahasiswa?

Oleh DR ABDUL MUQIT MUHAMAMMAD KEBEBASAN akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat universiti. Tanpa kebebasan akademik, masyarakat universiti tidak akan...

Lagi Artikel Berkaitan