24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Malaysia teroka kerjasama bidang sains, teknologi pertahanan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA meneroka peluang kerjasama dengan United Kingdom (UK) dan negara-negara strategik dalam bidang sains, teknologi dan industri pertahanan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau yang dalam rangka kerja ke UK bagi menghadiri Defence and Security Equipment International (DSEI 2023) berkata, perkara itu selaras dengan Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara (DIPKN) yang sedang dibangunkan.

Mohamad turut mengadakan pertemuan dengan beberapa pemain utama industri pertahanan antarabangsa dalam program yang berlangsung di ExCel, London.

“Pertemuan itu juga bagi mendapatkan perkembangan terkini pembangunan industri pertahanan serta penggunaan peralatan dan sistem teknologi pertahanan terkini,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Advertisements

Lawatan kerja Mohamad dan delegasi itu atas jemputan bekas Setiausaha Pertahanan UK, Ben Wallace.

Turut serta, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.

“Dalam lawatannya yang bermula semalam itu, Mohamad turut berkesempatan mengadakan pertemuan dengan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK, Datuk Zakri Jaafar, seterusnya mengadakan perbincangan dengan ketua jabatan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia.

“Pertemuan berkenaan antaranya bagi memaklumkan mengenai perkembangan terkini dalamnegara serta berkongsi pendirian Malaysia berhubung isu-isu keselamatan serantau,” menurut kenyatan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan