27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Ini masa sesuai melabur di Malaysia – Anwar

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ini masa yang sesuai kepada pelabur asing untuk melabur di negara ini.

Bercakap pada sesi Fireside Conversation sempena Asia Summit 2023 di Singapura hari ini, Anwar menjelaskan kepada lebih 400 hadiri yang rata-ratanya pelabur bahawa tidak timbul isu ketidak-stabilan politik di negara ini.

“Saya jelaskan kepada lebih 400 hadirin yang kebanyakannya adalah pelabur bahawa tidak berbangkit isu kestabilan politik. Sekarang adalah masa yang sesuai untuk melabur di Malaysia.

“Ini dibuktikan dengan petunjuk-petunjuk ekonomi dan dasar-dasar jangka panjang yang telah saya luncurkan. Ini termasuklah melalui Ekonomi Madani, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Terdahulu, delegasi Anwar tiba untuk lawatan kerja ke Singapura dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pada pukul 10.30 pagi tadi.

Ketibaan Perdana Menteri dan delegasi disambut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Azfar Mohamad Mustafar.

Advertisements

Turut serta ialah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Kadir dan Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Anwar berkata, melalui sesi berasingan, beliau sempat berbicara lanjut dengan 22 usahawan, ketua organisasi pelaburan dan perbankan di Asia. 

“Saya memberi pemahaman kepada mereka terutamanya dalam perkara terkait dengan dasar fiskal negara dan makna kelestarian dari perspektif Malaysia Madani yang mencakupi pelbagai sudut. 

“Mereka juga mendapatkan pandangan saya berkaitan isu dan arah tuju ASEAN terutamanya dalam bidang integrasi ekonomi dan teknologi. 

“Saya simpulkan bahawa Malaysia memberi fokus kepada melengkapi serta memberi nilai tambah pertumbuhan ekonomi dan sosial bersama negara-negara jiran,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan