Wednesday, July 22, 2026

Kerajaan komited tegakkan hak kanak-kanak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN komited untuk menegakkan hak kanak-kanak dan mengiktiraf kepentingan ketelusan dan badan pengawasan bebas, seperti Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC),

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, beliau berbesar hati menerima cadangan daripada penyokong hak kanak-kanak dan pertubuhan masyarakat sivil untuk mewujudkan sebuah badan bebas bagi menegakkan hak kanak-kanak di Malaysia.

“Kes ini menggambarkan bagaimana masyarakat sivil menyokong usaha perundangan kerajaan, sejajar dengan pendekatan “semua masyarakat”.

“Menjaga perlindungan dan kesejahteraan kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama di kalangan rakyat Malaysia, melangkaui kerajaan,”katanya menerusi ciapan di Twitter beliau hari ini.

Menurutnya, ketika negara meraikan 66 tahun kemerdekaan, kita mesti mewujudkan integriti nasional dengan memperjuangkan hak setiap kanak-kanak.

“Sehubungan dengan itu, Kerajaan MADANI komited untuk menegakkan hak kanak-kanak dengan memastikan keselamatan anak-anak kita.

Justeru, Azalina berharap Rang Undang-Undang Suruhanjaya Kanak-Kanak Malaysia yang telah dirangka selepas pelbagai sesi libat urus dengan pihak berkepentingan utama, sesi pertukaran ilmu dan kajian mendalam, dapat dibentang di Parlimen pada Oktober ini.

“Saya menantikan hasil yang positif dan akan terus melibatkan semua pihak berkepentingan dalam memastikan penubuhan OCC bebas yang akan berfungsi untuk menegakkan hak semua kanak-kanak di Malaysia,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan