26.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 14, 2024

Sultan titah henti keluar fatwa secara tidak bertanggungjawab

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya rakyat serta pemimpin politik agar segera memberhentikan perbuatan mengeluarkan fatwa secara tidak bertanggungjawab.

Sultan Sharafuddin yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam bertitah, ini demi memelihara perpaduan rakyat di negara ini. 

Titah baginda, itu tidak bermaksud baginda menyebelahi mana-mana pihak atau golongan mana-mana parti politik. 

“Beta tidak sanggup melihat rakyat berpecah-belah oleh tindak-tanduk sesetengah pemimpin politik yang tidak bertanggungjawab ini. 

“Malah beta memilih untuk mengeluarkan kenyataan ini selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) selesai bagi mengelakkan kenyataan ini disalah ertikan sebagai memihak sesuatu kumpulan politik,” titah Sultan Sharafuddin menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Sultan Sharafuddin bertitah, agar agama diperalatkan bagi meraih sokongan kerana rakyat akan menjadi mangsa kepada perbalahan orang-orang politik yang menunggang agama demi kepentingan diri.

Baginda turut juga menyeru pihak polis agar mengambil tindakan yang proaktif dalam menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mereka yang membangkitkan isu-isu sensitif yang melibatkan agama, kaum dan kedudukan Raja-Raja Melayu.

“Ini supaya menjadi satu pengajaran dan ketakutan kepada mereka yang berhasrat melakukan perkara yang sama di masa hadapan.

“Beta menegaskan di sini, Raja-Raja Melayu dan Majlis Raja-Raja mempunyai peranan di dalam memelihara hak orang-orang Melayu dan agama Islam sentiasa terjamin. 

“Di samping itu Raja-Raja Melayu juga bertanggungjawab menjamin hak dan keselamatan kaum-kaum lain yang membentuk rakyat Malaysia,” titah baginda. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jelajah Dunia Akhir BWF: Tang Jie-Ee Wei cipta sejarah

CHEN Tan Jie-Toh Ee Wei mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi beregu campuran pertama negara beraksi di final Jelajah Dunia...

Lagi Artikel Berkaitan