26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

90 IPT capai status berdaya saing dalam Penarafan Setara

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 90 institusi pengajian tinggi (IPT) menerima status berdaya saing dalam Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (Setara) bagi tahun lalu.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkata, jumlah tersebut merupakan 86.54 peratus daripada jumlah IPT manakala baki 14 lagi pula menerima keputusan berdaya maju.

Menurut KPT, bagi Penarafan Sistem Penilaian Kualiti dan Kesetaraan Kolej Swasta (MyQuest) pula, sebanyak 158 buah atau 90.29 peratus daripada 175 kolej mendapat keputusan berdaya saing manakala sebanyak 17 lagi kolej mendapat keputusan berdaya maju.

“Pencapaian yang memberangsangkan ini membuktikan usaha berterusan kementerian dalam menyediakan pendidikan tinggi yang berkualiti dan berimpak tinggi kepada pelajar.

“Keputusan ini juga diharap dapat membina kapasiti yang mampan di samping menggalakkan IPT ke arah pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Penarafan Setara merupakan sistem penilaian bertujuan mengukur jaminan kualiti dan standard IPT bagi universiti awam, institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) kategori universiti dan kolej universiti.

Bagi Penarafan MyQuest pula, bertujuan menilai prestasi IPTS kategori kolej di negara ini.

Penilaian Setara dan MyQuest dilaksanakan berdasarkan instrumen dan indikator penilaian yang ditetapkan bagi memacu kepada peningkatan pendidikan berkualiti.

KPT berkata, pihaknya telah membuat pembaharuan pelaksanaan Penarafan Setara dan MyQuest 2022 dengan hanya membahagikan kepada dua kategori sahaja berbanding enam kategori sebelum ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Guru bersahsiah mulia asas pendidikan berkualiti

Oleh DZULFAIDHI HAKIMIE DZULRAIDI GURU sebagai agen utama sistem pendidikan memegang peranan yang penting dalam membentuk generasi akan datang. Namun, menjadi...

Lagi Artikel Berkaitan