25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

UMNO mangsa politik ketaksuban ekstrem – Puad

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

UMNO menjadi mangsa politik ketaksuban ekstrem yang kembali melanda negara pada masa kini, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Menurut beliau, selagi ketaksuban ekstrem itu tidak berubah dan terus menjadi wabak yang bebahaya, ia bukan sahaja mengancam UMNO tetapi juga negara.

Beliau berkata, politik mundur iaitu tindakan pendakwah agama yang suka menghukum kembali menguasai pemikiran politik masyarakat Melayu dan perkara itu perlu dirisaukan.

“Apakah (Datuk Seri Muhammad) Sanusi (Md Nor) seorang tokoh? Sampai lepuk kepala orang dengan kertas? Dia tetap panglima perang walaupun nadir bumi hilang? Itulah taksub ekstrem tahap dewa,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit berkata demikian bagi mengulas kajian dibuat Ilham Center terhadap UMNO selepas pilihan raya di enam negeri baru-baru ini.

Atas sebab itu, Mohd Puad berkata, kajian yang dibuat Ilham Center ada kelompongan dan tidak dibuat kajian secara menyeluruh.

Katanya, kajian hanya tertumpu Presiden UMNO yang konon memerlukan pengganti dan tokoh baharu berbanding Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid.

Advertisements

“Tetapi Ilham Center tidak berani komited, jika Ahmad Zahid letak jawatan masalah akan selesai.

Menurut Ilham, UMNO perlu perubahan total. Tidak pula dinyatakan perubahan apa?,”katanya.

Beliau berkata, UMNO memang menyedari dan mengakui bahawa parti itu semakin hilang sokongan rakyat serta orang Melayu dan tidak timbul soal penafian.

“NGO seperti Ilham Center hanya menumpukan kepada alasan tertentu dalam analisis mereka,” katanya.

Dalam PRN enam negeri lalu menyaksikan UMNO yang bergandingan dengan Pakatan Harapan (PH) hanya memenangi 19 daripada 108 kerusi yang dipertandingkan.

Sehubungan itu, pelbagai pihak terutama mereka yang berada di luar parti mendesak Ahmad Zahid bertanggungjawab atas keputusan PRN dan melepaskan jawatannya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan