33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Tarikh penting PRK DUN Pelangai umum hari ini -SPR

Mesti Baca

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi menentukan tarikh penting pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang.

Mesyuarat khas PRK yang akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh itu diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi DUN berkenaan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun pada 17 Ogos lalu.

SPR akan mengadakan sidang media selepas selesainya mesyuarat khas itu yang akan menentukan tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya, di Menara SPR, Putrajaya.

Isnin lalu, SPR memaklumkan telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berhubung kekosongan luar jangka Kerusi Dun Pelangai itu.

Advertisements

Terdahulu, Allahyarham Johari, 53, adalah antara 10 mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Khamis lalu.

Pesawat malang itu sedang dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat pada jam 2.50 petang.

Johari adalah tokoh korporat yang bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), menang kerusi DUN Pelangai dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat yang mendapat 3,260 undi, Ahmed Wafiuddin Shamsuri daripada Pakatan Harapan (PH) (2,031 undi) dan Isa Ahmad daripada Pejuang (65 undi). –Edisi 9

Advertisements

Terkini

MB Perlis ditahan SPRM bantu siasatan salah guna kuasa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bagi membantu siasatan dakwan salah guna...

Lagi Artikel Berkaitan