26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Sindiket pengedaran dadah terbongkar, seorang lelaki ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menyerbu sebuah kondominium mewah selepas dipercayai lokasi terbabit dijadikan sebagai stor pengedaran dadah oleh sindiket pengedaran dadah selepas penahanan seorang lelaki di Cheras, Khamis lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, lelaki berusia 26 tahun itu yang merupakan penjaga stor dan penghantar bekalan dadah ditahan di tempat letak kereta dalam operasi bermula 1 tengah hari hingga 3.15 petang.

Susulan tangkapan itu, beliau berkata pihaknya membuat serbuan di dua kondominium mewah di Cheras dan Semenyih, Kajang yang dijadikan stor simpanan dadah.

“Hasil serbuan menemukan 10 ketulan dadah jenis heroin base seberat 3.8 kilogram (kg) dan 10 ketulan dadah jenis syabu seberat 10kg dianggarkan bernilai RM655,000 dan merampas wang tunai RM10,200,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Katanya, sindiket pengedaran dadah itu dikesan aktif sejak dua bulan lepas di sekitar Lembah Klang dengan menjadikan unit kondominium mewah sebagai tempat penyimpanan dadah sebelum dijual kepada pembeli.

Advertisements

Beliau berkata, siasatan mendapati lelaki yang masih bujang itu tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Suspek turut menjadikan kegiatan pengedaran dadah sebagai pendapatan utama dengan menerima arahan daripada seorang lelaki tempatan bertindak sebagai ketua sindiket yang masih lagi dikesan.

“Semakan mendapati suspek mempunyai masing-masing dua rekod berkaitan jenayah dan dadah, manakala hasil ujian saringan air kencing dilakukan terhadap lelaki terbabit didapati negatif dadah,”katanya.

Mohd Shuhaily berkata, lelaki terbabit direman tujuh hari bermula Jumaat lalu hingga 17 Ogos ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan