Thursday, July 23, 2026

Jangan guna nama, logo tanpa kebenaran – SC

Mesti Baca

SURUHANJAYA Sekuriti Malaysia (SC) memberi amaran kepada orang ramai, khususnya pelabur, yang menggunakan nama dan logo SC secara tidak sah.

Ini berikutan terdapat entiti atau syarikat tertentu dalam bahan promosi untuk produk pelaburan mereka.

Menurut pengawal selia itu, baru-baru ini, dua syarikat dikenal pasti menggunakan nama dan logo SC dalam bahan promosi mereka untuk produk pelaburan amanah tunai tanpa kebenaran.

“Mereka diarahkan untuk mengeluarkan sebarang rujukan kepada SC dalam semua bahan promosi yang berkaitan termasuk video,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu berkata, SC ingin menekankan bahawa ia tidak meluluskan sebarang produk pelaburan amanah tunai di pasaran.

“Oleh itu, sebarang penggunaan nama dan logo SC dalam bahan promosi pelaburan amanah tunai adalah dilarang sama sekali.

“SC memandang serius perkara ini kerana tindakan sedemikian boleh mengelirukan orang ramai bahawa SC meluluskan produk amanah tunai,” katanya.

Justeru, SC ingin mengingatkan orang ramai serta syarikat amanah video mengenai amanah tunai yang dihasilkan oleh SC adalah untuk tujuan pendidikan sahaja.

“Video yang dihasilkan tidak bertujuan untuk diterbitkan semula di mana-mana medium oleh syarikat amanah berhubung dengan produk pelaburan amanah tunai mereka,” katanya.

Orang ramai digalakkan untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan atau maklumat pelaburan yang mengelirukan kepada SC.

“Ini akan membantu melindungi pelabur lain daripada potensi risiko dan membantu mereka dalam membuat keputusan pelaburan termaklum,” katanya lagi.

Pejabat pengguna dan pelabur SC boleh dihubungi di talian 03-6204 8999 atau melalui e-mel di [email protected] bagi sebarang laporan atau pertanyaan. – Edisi 9

Related posts:

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan