27 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Jualan Rahmah: Lebih 71,000 rakyat Perlis terima manfaat

Mesti Baca

SEJAK dilancarkan di Perlis pada 16 April lalu, Program Jualan Rahmah (PJR) memberi manfaat kepada 71,176 pengguna terutama mereka yang memerlukan daripada golongan B40.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis, Norazah Jaapar, berkata setakat ini, PJR diadakan sebanyak 45 kali membabitkan 15 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.

“Nilai jualan PJR sehingga kini sebanyak RM957,340 membabitkan perbelanjaan keseluruhan termasuk subsidi berjumlah RM513,617.12.

“Antara barangan dijual yang mendapat sambutan tinggi ialah beras, tepung gandum, minyak masak, bihun, bawang dan makanan kering,” katanya.

Norazah berkata, PJR di negeri itu dilaksanakan secara dua kaedah iaitu jualan dalam dan luar premis serta diadakan di lokasi berbeza untuk memastikan semua rakyat mendapat manfaat daripadanya.

Advertisements

“Bagi jualan di luar premis, KPDN Perlis mengadakan kolaborasi dengan pemimpin masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi jabatan kerajaan.

“Selain itu, premis perniagaan juga terbabit sebagai rakan strategik dalam pelaksanaan PJR,” katanya lagi.

Norazah berkata, KPDN Perlis menyusun strategi supaya kebolehcapaian ini dapat dilaksanakan menerusi Jualan Rahmah Bergerak dan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan serta komuniti setempat.

“Rakyat Perlis khasnya diminta mengikuti Facebook KPDN Perlis untuk mendapatkan kemas kini berhubung penganjuran PJR di sekitar negeri ini.

“Kami turut menerima maklum balas daripada rakyat bagi tujuan penambahbaikan, antaranya pengguna meminta program ini diadakan lebih kerap di tempat mereka terutama di kawasan yang berjauhan dari pasar raya seperti di FELDA dan FELCRA,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan